awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump ancam kenakan tarif 100 peratus ke atas negara BRICS jika cipta mata wang baharu

Bernama
Bernama
31/01/2025
12:00 MYT
Trump ancam kenakan tarif 100 peratus ke atas negara BRICS jika cipta mata wang baharu
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengancam untuk mengenakan tarif 100 peratus ke atas negara BRICS sekiranya blok itu mencipta mata wang baharu. - Gambar fail/REUTERS
MOSCOW: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengancam untuk mengenakan tarif 100 peratus ke atas negara BRICS sekiranya blok itu mencipta mata wang baharu, lapor Sputnik/RIA Novosti.
"Idea untuk negara BRICS cuba beralih daripada dolar, sementara kami hanya melihat, sudah berakhir. Kami akan menuntut komitmen daripada negara yang kelihatan bermusuhan ini agar mereka tidak akan mencipta mata wang BRICS baharu atau menyokong mana-mana mata wang lain untuk menggantikan dolar AS, jika tidak, mereka akan berdepan tarif 100 peratus dan boleh mengucapkan selamat tinggal kepada ekonomi AS," kata Trump di Truth Social.
Beliau menegaskan, tiada kemungkinan dolar AS boleh digantikan dalam perdagangan antarabangsa.
"Tiada peluang BRICS akan menggantikan dolar AS dalam perdagangan antarabangsa atau di mana-mana sekalipun dan mana-mana negara yang mencuba harus bersedia berdepan tarif dan mengucapkan selamat tinggal kepada Amerika!" tulis Trump.
Laporan terdahulu menyatakan bahawa negara-negara BRICS membincangkan kemungkinan mengembangkan penyelesaian dalam mata wang negara dan mencipta mata wang bersama dalam blok tersebut, tetapi tiada keputusan muktamad dibuat mengenai isu itu.
BRICS ialah sebuah blok antara kerajaan yang ditubuhkan pada 2006 oleh Rusia, China, India dan Brazil, dengan Afrika Selatan menyertai pada 2011. Sejak awal 2024, beberapa negara lain turut menyertai BRICS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden Amerika Syarikat
#Donald Trump
#BRICS
#tarif
#mata wang baharu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan