awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump ancam saman hos Grammy Trevor Noah susulan sindiran berkait Epstein

Astro Awani
Astro Awani
02/02/2026
10:00 MYT
Trump ancam saman hos Grammy Trevor Noah susulan sindiran berkait Epstein
Trump (kiri) ancam saman Trevor Noah (kanan) susulan sindiran yang disifatkannya tidak benar dan berbaur fitnah. -Gambar Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengancam untuk mengambil tindakan undang‑undang terhadap hos Anugerah Grammy ke‑68, Trevor Noah, selepas pelawak itu membuat jenaka menyindir beliau ketika siaran langsung majlis anugerah muzik berkenaan.

Ringkasan AI
  • Donald Trump mengancam untuk mengambil tindakan undangundang terhadap hos Anugerah Grammy, Trevor Noah, selepas jenaka merujuk beliau yang disifatkan "tidak benar dan berbaur fitnah" semasa siaran langsung majlis anugerah muzik tersebut.
  • Pelawak Trevor Noah mencetuskan reaksi spontan penonton dan perdebatan dalam talian dengan jenaka yang menyebut Trump "mahukan Greenland" serta mengaitkannya dengan pulau milik Jeffrey Epstein.
  • Trump turut mengkritik penganjuran Anugerah Grammy sebagai "hampir tidak boleh ditonton" dan menganggap hos majlis itu sebagai "seburuk penganjur anugerah yang dilanda rating rendah", seiring dengan retorik kerasnya terhadap pengkritik isu Epstein sebelum ini.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini
Kenyataan Trump dimuat naik di platform Truth Social sejurus majlis berakhir.
Ia susulan jenaka Noah yang merujuk kepada Trump ketika mengumumkan kemenangan Billie Eilish bagi kategori Lagu Terbaik menerusi "Wildflower".
Dalam jenakanya, Noah menyebut bahawa Trump “mahukan Greenland” dan secara sinis mengaitkannya dengan pulau milik pedofil, Jeffrey Epstein.
Trevor Noah takes another jab at Donald Trump #Grammys: Song of the Year that is a Grammy that every artist wants almost as much as Trump wants Greenland, which makes sense because Epsteins island is gone, he needs a new one to hang out with Bill Clinton pic.twitter.com/quUWEpX4NL
— Deadline (@DEADLINE) February 2, 2026
Trump bagaimanapun menafikan sebarang kaitan dengan pulau Epstein dan menyifatkan kenyataan Noah sebagai tidak benar dan berbaur fitnah.
Beliau menegaskan tidak pernah menjejakkan kaki walau sedekat mana pun dengan pulau Epstein, serta menuduh Noah menyebarkan maklumat palsu.
“Saya akan hantar peguam untuk saman pengacara malang ini… bersedialah, Noah,” katanya.
BREAKING At 1:01 AM President Trump ended Trevor Noahs career and threatens to sue him It looks like I'll be sending my lawyers to sue this poor, pathetic, talentless, dope of an M.C. THIS IS EXACTLY WHAT I VOTED FOR pic.twitter.com/Py1Wh8odQW
— MAGA Voice (@MAGAVoice) February 2, 2026
Dalam siri muat naik yang sama, Trump turut mengecam penganjuran Grammy, menggambarkannya sebagai “hampir tidak boleh ditonton”, sambil menyatakan hos majlis itu seburuk penganjur anugerah yang dilanda rating rendah.
Serangan itu sejajar dengan retorik keras Trump terhadap pengkritik yang menyentuh isu Epstein, tokoh yang pernah bersosial dalam kelompok elit Florida dan New York.
Trevor Noah, yang sebelum ini mengumumkan bahawa edisi 2026 merupakan kali terakhir beliau mengacarakan Grammy selepas enam tahun memegang peranan tersebut, meraih perhatian susulan jenaka politik terbuka yang jarang beliau lontarkan pada edisi‑edisi sebelum ini.
Setakat ini, tiada kenyataan rasmi dikeluarkan oleh Recording Academy atau wakil Noah mengenai ancaman Trump itu, sementara liputan mengenai reaksi presiden berkenaan terus tular di platform sosial dan rangkaian berita antarabangsa.

Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Mengapa Donald Trump mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap hos Anugerah Grammy ke-68, Trevor Noah? A: Trump mengancam tindakan undang-undang kerana Noah membuat jenaka menyindir beliau semasa siaran langsung majlis anugerah muzik Grammy ke-68.
  • Q: Apakah jenaka yang menyebabkan Trump merasakan perlu untuk mengambil tindakan undang-undang? A: Noah menyindir Trump dengan menyatakan bahawa beliau "mahukan Greenland" dan mengaitkannya dengan pulau milik Jeffrey Epstein semasa pengumuman penerima anugerah Lagu Terbaik.
  • Q: Bagaimana Trump menjelaskan kaitannya dengan pulau Epstein dan tindakan Noah? A: Trump menafikan kaitan dengan pulau Epstein dan menyifatkan kenyataan Noah sebagai "tidak benar dan berbaur fitnah", serta menegaskan bahawa Noah menyebarkan maklumat palsu.
  • Q: Apakah reaksi Trump terhadap penganjuran Anugerah Grammy dan peranan hos majlis itu? A: Trump mengecam penganjuran Grammy dan hos majlis tersebut, menggambarkannya sebagai hampir tidak boleh ditonton dan hos seburuk penganjur anugerah yang dilanda rating rendah.
  • Q: Apakah tindakan Trevor Noah selepas insiden tersebut? A: Trevor Noah sebelum ini mengumumkan bahawa edisi 2026 akan menjadi kali terakhir beliau mengacarakan Grammy selepas enam tahun memegang peranan tersebut, sambil menerima perhatian tambahan susulan jenaka politik terbuka yang jarang beliau lontarkan pada edisi sebelum ini.

Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Jeffrey Epstein
#Trevor Noah
#hos Anugerah Grammy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami