awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat ke-45

Bernama
Bernama
20/01/2017
23:28 MYT
Trump angkat sumpah Presiden Amerika Syarikat ke-45
Bilionair Amerika Syarikat berusia 70 tahun itu menggantikan Barack Obama selepas mengalahkan calon Demokrat, Hillary Clinton pada Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat, 8 Nov lepas. - REUTERS
Calon Republikan, Donald Trump ditabalkan sebagai Presiden Amerika Syarikat ke-45 di Capitol Hill, Washington DC, hari ini.
Trump mengangkat sumpah jawatan di hadapan Ketua Hakim Mahkamah Agung Amerika Syarikat, John Roberts pada pukul 1.05 pagi (12.05 tengah hari Jumaat waktu Washington).
Bilionair Amerika Syarikat berusia 70 tahun itu menggantikan Barack Obama selepas mengalahkan calon Demokrat, Hillary Clinton pada Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat, 8 Nov lepas.
Majlis bersejarah itu, yang disiarkan secara langsung oleh stesen televisyen antarabangsa, dipengerusikan oleh Roy Blunt, seorang senator Republikan dari Missouri dan juga Pengerusi Jawatankuasa Bersama Kongres Mengenai Aktiviti Perasmian.
Trump merupakan presiden pertama negara itu yang tidak pernah berkhidmat dengan tentera atau memegang jawatan dalam kerajaan. -- Bernama
Topic Berkaitan
#angkat sumpah
#Donald Trump
#Presiden Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan