awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pisah kuasa AG-PP: Wujudkan akta etika, prosedur kerja khusus Pendakwa Raya - Bersih
Mesyuarat JPT-PPIP fokus perkasa pembangunan industri tuna negara - Ahmad Zahid
RUU Lembaga Keselamatan Pengangkutan Malaysia dijangka dibentang di Parlimen Jun ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump arah henti pemisahan anak pendatang asing

Sinar Harian
Sinar Harian
21/06/2018
04:52 MYT
Trump arah henti pemisahan anak pendatang asing
Lebih 2,300 kanak-kanak terpisah daripada ibu bapa dan saudara-mara mereka, selepas merentasi sempadan AS-Mexico secara haram sejak 5 Mei. - Foto Sinar Harian
Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump semalam mengarahkan supaya pemisahan anak-anak pendatang asing daripada ibu bapa mereka di sempadan AS-Mexico, dihentikan.
Ini bercanggah dengan dasar tegas dikeluarkan Trump terhadap pendatang asing.
Lebih 2,300 kanak-kanak terpisah daripada ibu bapa dan saudara-mara mereka, selepas merentasi sempadan antara AS dengan Mexico secara haram sejak 5 Mei.
Pendatang yang ditahan tidak boleh berhubungan dengan saudara-mara mereka.
Kisah-kisah mereka mencetuskan kemarahan dan perdebatan dalam kalangan Parti Republikan, iaitu parti yang dianggotai Trump sendiri.
Masyarakat antarabangsa juga menuduh AS mencabuli hak asasi manusia.
Menurut Trump, meskipun dengan perubahan itu, penguatkuasaan sempadan akan tetap dikawal ketat.
Selama berminggu-minggu, Trump menegaskan bahawa beliau terikat dengan undang-undang, dan hanya Kongres yang dapat menyelesaikan masalah tersebut.
Sebelum ini, Trump ketika berucap dalam sebuah konvensyen perniagaan, beliau berkata, kanak-kanak perlu diambil jika ibu bapa mereka dipenjarakan kerana kesalahan menyeberangi sempadan AS secara haram.
Trump turut membangkitkan kemarahan orang ramai apabila memuat naik status dalam Twitter bahawa pendatang tanpa dokumen akan ‘mengerumuni’ AS.
Menteri Luar Mexico, Luis Vi­degaray menyelar polisi AS yang disifatkan sebagai ‘kejam dan tidak berperikemanusiaan’.
Topic Berkaitan
#Donal Trump
#Kanak-kanak
#Parti Republikan
#pendatang asing
#Presiden Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan