awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titi gantung Lata Rek: ICU JPM akan bincang dengan agensi teknikal esok
Kerajaan pantau risiko geopolitik global terhadap harga minyak - KSU Perbendaharaan
Iran beri amaran balas terhadap ancaman Trump, Netanyahu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump berdegil, tetap mahu haramkan TikTok

Astro Awani
Astro Awani
02/09/2020
00:17 MYT
Trump berdegil, tetap mahu haramkan TikTok
Trump pada awal bulan lepas menandatangani perintah eksekutif mengharamkan operasi aplikasi dari China di Amerika Syarikat mulai 15 September ini. - Gambar fail REUTERS
PRESIDEN Amerika Syarikat, Donald Trump tetap berdegil dan mengulangi pendiriannya bahawa negara itu akan mengharamkan aplikasi TikTok kecuali jika ia dijual pada bulan ini.
Tambah beliau, Perbendaharaan Amerika Syarikat juga mesti diberi pampasan dan ganti rugi untuk urusan penjualan tersebut.
"Baiklah, saya memberitahu mereka (TikTok) bahawa mereka mempunyai masa sehingga 15 September untuk membuat perjanjian.
“Selepas itu, kami akan menutupnya di negara ini dan saya mengatakan bahawa Amerika Syarikat harus diberi ganti rugi, mendapat pampasan yang baik, kerana kita adalah orang yang membolehkan perkara itu.
“Oleh itu, kita harus diberi pampasan, jadi Perbendaharaan harus diberi pampasan,” katanya.
Trump pada awal bulan lepas menandatangani perintah eksekutif mengharamkan operasi aplikasi dari China -- TikTok dan WeChat -- di Amerika Syarikat mulai 15 September ini.
Langkah pengharaman itu akan dikuatkuasakan dalam tempoh 45 hari.
BACA: AS pertahan keputusan haramkan TikTok
BACA: Amazon tidak benar kakitangan guna aplikasi TikTok
Perintah itu dikeluarkan ketika negara itu berusaha untuk membina rangkaian bersih susulan kemuncak kebimbangan terhadap keselamatan data peribadi yang diuruskan oleh syarikat pengeluar aplikasi itu.
Tindakan itu sekali gus dilihat memberi tekanan kepada pemilik aplikasi ByteDance yang berpangkalan di Beijing, China untuk menjualnya kepada Amerika Syarikat.
BACA: Semua orang akan terjejas... 'influencer' TikTok di AS semakin resah
BACA: Pengeluar TikTok mahu fail saman terhadap pentadbiran Trump
Dalam perkembangan lain, Trump menyatakan kerajaan akan memberikan lebih banyak bantuan kepada syarikat penerbangan negara itu yang terjejas teruk akibat COVID-19.
"Kami akan membantu syarikat penerbangan. Ya. Kami akan membantu syarikat penerbangan. Dan anda harus menolong syarikat penerbangan.
“Perniagaan yang sukar dan sememangnya begitu. Syarikat penerbangan adalah perniagaan yang sukar pada masa yang baik dan kami akan bersedia untuk mendapatkan kembali ke masanya yang baik.
“Anda melihat angka pagi ini. Beberapa nombor yang keluar sangat luar biasa. Kami kini mempunyai pasaran saham tertinggi sepanjang masa sekiranya purata diambil kira,” ujarnya.
BACA: Ketua Pegawai Eksekutif TikTok letak jawatan, akibat tekanan AS
Topic Berkaitan
#Amerika Syarikat
#aplikasi
#AS
#Beijing
#ByteDance
#China
#Donald Trump
#ganti rugi
#haram
#kerajaan
#keselamatan
#koronavirus
#larangan
#operasi
#pampasan
#penerbangan
#perintah eksekutif
#presiden
#TikTok
#WeChat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan