awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
33 penyokong Selangor FC cetus kekecohan direman, 21 positif dadah
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa diganggu ibu arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump berhasrat lantik Kash Patel sebagai Pengarah FBI

Bernama
Bernama
01/12/2024
08:51 MYT
Trump berhasrat lantik Kash Patel sebagai Pengarah FBI
Trump berbangga untuk mengumumkan bahawa Kashyap 'Kash' Patel akan berkhidmat sebagai pengarah baharu Biro Penyiasatan Persekutuan. - AP
WASHINGTON: Presiden terpilih Donald Trump pada Sabtu mengumumkan bahawa beliau merancang untuk mencalonkan Kash Patel sebagai Pengarah Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) yang baharu, menggantikan pengarah semasa Christopher Wray, sebelum tempoh jawatan Wray tamat, lapor Xinhua.
"Saya berbangga untuk mengumumkan bahawa Kashyap 'Kash' Patel akan berkhidmat sebagai pengarah baharu Biro Penyiasatan Persekutuan.
"Kash ialah seorang peguam, penyiasat, dan pejuang 'America First' yang cemerlang, yang telah menghabiskan kerjayanya membongkar rasuah, mempertahankan keadilan dan melindungi rakyat Amerika," kata Trump dalam platform media sosialnya, Truth Social pada Sabtu.
Trump melantik Wray pada 2017, tetapi hubungan mereka mula merosot sebelum Trump meninggalkan jawatan pada 2021.
Pandangan Trump terhadap FBI bertambah buruk selepas pencarian di resort Mar-a-Lago miliknya pada Ogos 2022 dan dakwaan berkaitan salah urus dokumen sulit.
Wray sama ada perlu meletakkan jawatan secara sukarela atau dipecat oleh Trump sebelum tempoh perkhidmatannya tamat pada 2027.
Semasa penggal pertama Trump, Patel pernah berkhidmat sebagai ketua staf di Jabatan Pertahanan AS, timbalan pengarah Perisikan Kebangsaan dan pengarah kanan bagi antikeganasan di Majlis Keselamatan Negara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kash Patel
#FBI
#pengarah
#Biro Penyiasatan Persekutuan
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan