awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
57 mangsa tanah runtuh di Bandung Barat dikenal pasti, operasi SAR diteruskan
Pembaikan cerun di Jalan Lojing-Gua Musang dijangka bermula Mac - Nanta
Laura Fernández menang besar pilihan raya Costa Rica, bakal presiden wanita kedua negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump beri amaran "akibat buruk" kepada Rusia jika gencatan senjata ditolak

Bernama
Bernama
14/08/2025
11:30 MYT
Trump beri amaran "akibat buruk" kepada Rusia jika gencatan senjata ditolak
Trump memberi amaran bahawa Rusia bakal berdepan "akibat yang sangat buruk" sekiranya Presiden Vladimir Putin enggan bersetuju dengan gencatan senjata dalam konflik dengan Ukraine, ketika pertemuan mereka yang akan datang. - Gambar fail/REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu memberi amaran bahawa Rusia bakal berdepan "akibat yang sangat buruk" sekiranya Presiden Vladimir Putin enggan bersetuju dengan gencatan senjata dalam konflik dengan Ukraine, ketika pertemuan mereka yang akan datang, lapor Xinhua.
Selepas mengadakan panggilan telefon dengan Presiden Ukraine Volodymyr Zelensky dan beberapa pemimpin Eropah, Trump berkata jika perbincangannya dengan Putin berjalan lancar, beliau berharap dapat mengadakan mesyuarat tiga pihak bersama Putin dan Zelensky dalam masa terdekat.
Terdahulu, Setiausaha Perbendaharaan AS Scott Bessent berkata Washington mungkin meningkatkan sekatan terhadap Moscow sekiranya rundingan Trump-Putin gagal membuahkan hasil.
Pertemuan antara Trump dan Putin dijadual berlangsung pada Jumaat di Anchorage, bandar terbesar di negeri Alaska, AS.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Presiden Amerika Syarikat Donald Trump
#beri amaran
#gencatan senjata Rusia Ukraine
#Presiden Rusia Vladimir Putin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan