awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Wanita hilang ditemui maut, dipercayai dibunuh kekasih
KTMB sedia lapan ETS tambahan sempena Tahun Baharu Cina, Aidilfitri
Serangan ke atas anak: Saya sendiri akan tulis surat kepada PM, KDN usul NFA - Rafizi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump calonkan bekas hos Fox News sebagai Timbalan Duta AS ke PBB

Agensi
Agensi
10/08/2025
00:15 MYT
Trump calonkan bekas hos Fox News sebagai Timbalan Duta AS ke PBB
Sebelum menyertai pentadbiran, Bruce merupakan penyumbang konservatif di rangkaian Fox News selama lebih 20 tahun, selain menulis beberapa buku yang mengkritik golongan liberal. - Gambar X @TammyBruce
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, mencalonkan jurucakap Jabatan Negara yang juga bekas hos Fox News, Tammy Bruce, sebagai Timbalan Wakil Tetap AS ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bertaraf duta.
Dalam hantaran di platform Truth Social pada Sabtu, Trump memuji Bruce yang telah berkhidmat di Jabatan Negara sejak beliau memulakan penggal keduanya pada Januari lalu, sambil menyifatkannya telah menjalankan tugas “dengan cemerlang.”
Sebelum menyertai pentadbiran, Bruce merupakan penyumbang konservatif di rangkaian Fox News selama lebih 20 tahun, selain menulis beberapa buku yang mengkritik golongan liberal, termasuk karya berjudul “Fear Itself: Exposing the Left's Mind-Killing Agenda.”
“Dengan sukacitanya saya mengumumkan pencalonan Tammy Bruce — seorang patriot hebat, personaliti televisyen dan penulis buku laris — sebagai Timbalan Wakil Tetap Amerika Syarikat ke PBB dengan taraf duta,” tulis Trump.
Sepanjang menjadi jurucakap, Bruce mempertahankan beberapa keputusan dasar luar AS yang kontroversi, termasuk tindakan tegas terhadap imigresen serta menghantar kontraktor ketenteraan swasta untuk mengagihkan bantuan di Gaza.
Buat masa ini, tarikh Bruce memulakan tugas masih belum jelas kerana pencalonan itu perlu disahkan Senat AS.
Calon Trump untuk jawatan Duta AS ke PBB, Mike Waltz, juga masih menunggu proses pengesahan.
Jawatan tersebut kini dipangku oleh Dorothy Shea, seorang diplomat berpengalaman yang pernah menjadi timbalan duta pada 2024. - Agensi
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Tammy Bruce
#hos Fox News
#Timbalan Duta AS
#PBB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan