awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MALAYSIA
Dua warga Vietnam edar, miliki dadah berdepan hukuman gantung
MALAYSIA
SARA permudah belanja guna MyKad, penerima harap akses diperluas
MALAYSIA
Penunggang motosikal maut kemalangan babitkan lori
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

DUNIA

Trump dakwa tapak nuklear Iran ‘dimusnahkan’, perisikan AS kata sebaliknya

Astro Awani
Astro Awani
26/06/2025
01:00 MYT
Sponsor Banner
Trump dakwa tapak nuklear Iran ‘dimusnahkan’, perisikan AS kata sebaliknya
Puluhan bom telah digugurkan ke atas tapak tersebut, tetapi tidak berjaya memusnahkan komponen utama seperti kepala peledak dan stok uranium yang telah diperkaya. - Foto fail/@jacksonhinklle
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, pada Rabu mengulangi dakwaannya bahawa kemudahan nuklear Iran telah “dimusnahkan” dalam serangan udara terbaharu AS, sambil merujuk kepada kenyataan pihak Israel sebagai pengesahan terhadap operasi ketenteraan itu.
“Israel baru saja menyatakan bahawa Tapak Nuklear telah DIMUSNAHKAN! Terima kasih kepada juruterbang B-2 kita yang hebat, dan semua yang terlibat,” tulis Trump di platform Truth Social miliknya.
Namun begitu, laporan awal penilaian perisikan yang didedahkan CNN sehari sebelumnya menunjukkan sebaliknya - bahawa serangan ke atas tiga tapak nuklear Iran, termasuk fasiliti pengayaan Natanz dan Fordow, kemungkinan besar hanya melengahkan program nuklear Iran selama beberapa bulan, bukannya memusnahkannya sepenuhnya.
Menurut sumber yang dipetik CNN, puluhan bom telah digugurkan ke atas tapak tersebut, tetapi tidak berjaya memusnahkan komponen utama seperti mesin penggempar dan stok uranium yang telah diperkaya.
Dua individu yang arif dengan penilaian itu turut memaklumkan bahawa simpanan uranium Iran kekal utuh.
Namun pada Rabu, beberapa jam selepas kenyataan Trump, Pengarah Perisikan Kebangsaan AS, Tulsi Gabbard pula menulis di platform X (dahulunya Twitter): “Perisikan baharu mengesahkan apa yang telah dinyatakan Presiden berulang kali: kemudahan nuklear Iran telah dimusnahkan.”
Sebelum ini, Gabbard sendiri pernah menjadi sasaran kritikan Trump apabila beliau mencadangkan bahawa tiada bukti kukuh Iran sedang membina senjata nuklear - satu kenyataan yang bertentangan dengan pendirian White House ketika ini.
Serangan udara terbaru AS ini telah meningkatkan lagi ketegangan serantau, di tengah kebimbangan antarabangsa terhadap potensi tercetusnya konflik berskala besar antara AS, Iran dan sekutunya di Asia Barat.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#konflik Israel-Iran
#tapak nuklear
#simpanan uranium
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami