awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump dan Han bincang pembayaran pertahanan Korea Selatan, lebihan dagangan

Bernama
Bernama
08/04/2025
21:15 MYT
Trump dan Han bincang pembayaran pertahanan Korea Selatan, lebihan dagangan
Trump dan Han antara lain berbincang mengenai lebihan dagangan mereka yang luar biasa, tarif, pembinaan kapal, pembelian LNG dari Amerika Syarikat secara besar-besaran.
SEOUL/WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump memaklumkan, beliau dan Pemangku Presiden Korea Selatan, Han Duck-soo berbincang mengenai pembayaran oleh Seoul bagi perlindungan ketenteraan berskala besar yang disediakan oleh AS, dalam panggilan telefon pertama mereka sejak Trump mula memegang jawatan pada Januari lalu, lapor Agensi Berita Yonhap.
Dalam kenyataan di media sosial, Trump menyifatkan panggilan itu sebagai "baik" dan menyentuh pelbagai isu, termasuk lebihan dagangan Korea Selatan yang disifatkan sebagai "luar biasa dan tidak mampan", pembelian gas asli cecair (LNG) dari Amerika Syarikat serta kerjasama pembinaan kapal antara kedua-dua negara.
"Saya baru sahaja mengadakan panggilan telefon yang baik dengan Pemangku Presiden Korea Selatan.
"Kami berbincang mengenai lebihan dagangan mereka yang luar biasa, tarif, pembinaan kapal, pembelian LNG dari Amerika Syarikat secara besar-besaran, usaha sama saluran paip Alaska, serta pembayaran bagi perlindungan ketenteraan besar-besaran yang kami sediakan kepada Korea Selatan.
"Mereka memulakan pembayaran pertahanan ini semasa penggal pertama saya yang berjumlah berbilion dolar, tetapi Joe Biden telah membatalkan perjanjian itu tanpa alasan yang jelas.
"Ia benar-benar mengejutkan semua pihak. Bagaimanapun, kini ada ruang untuk mencapai PERJANJIAN yang baik bagi kedua-dua negara," tulis Trump di laman Truth Social.
Trump turut memaklumkan, pasukan perunding Korea Selatan sedang dalam penerbangan ke Amerika Syarikat bagi rundingan lanjut.
"Kami juga sedang berurusan dengan banyak negara lain yang ingin memeterai perjanjian dengan Amerika Syarikat."
Sebelum itu, pejabat Han memaklumkan, kedua-dua pemimpin telah berbual selama 28 minit -- kali pertama pemimpin dari Seoul dan Washington berbicara sejak Trump memulakan penggal kedua sebagai Presiden.
Trump sebelum ini telah berbual dengan Yoon selepas kemenangan beliau dalam pilihan raya pada November tahun lalu.
Panggilan itu berlangsung ketika Korea Selatan berdepan ketidaktentuan politik dan diplomatik susulan kekosongan kepimpinan yang menimbulkan kebimbangan terhadap kelewatan dalam hubungan dua hala, terutama dengan Washington, melibatkan isu tarif, kerjasama pertahanan serta ancaman ketenteraan Korea Utara.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Han Duck Soo
#Korea Selatan
#pertahanan
#lebihan dagangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan