awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
Indonesia bakal larang eksport sisa minyak sawit, utamakan kegunaan domestik - Prabowo
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump dijangka ke Korea Selatan untuk APEC tetapi mungkin tidak hadir sidang kemuncak

Bernama
Bernama
13/10/2025
21:30 MYT
Trump dijangka ke Korea Selatan untuk APEC tetapi mungkin tidak hadir sidang kemuncak
Trump dijangka menghadiri Sidang Kemuncak CEO APEC yang berlangsung dari 29 hingga 31 Oktober dan beberapa acara lain. - Foto fail/REUTERS
SEOUL: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, dijangka melawat Korea Selatan sempena forum Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC), namun besar kemungkinan tidak akan menghadiri Sidang Kemuncak Pemimpin APEC, kata Menteri Luar Korea Selatan Cho Hyun, pada Isnin, lapor Agensi Berita Yonhap.
Cho membuat kenyataan itu semasa sesi audit parlimen terhadap kementeriannya, ketika Seoul dan Washington sedang berbincang untuk menyelaras lawatan dua hari Trump ke Korea Selatan dari 29 hingga 30 Oktober, menjelang Sidang Kemuncak APEC yang dijadualkan berlangsung pada 31 Oktober hingga 1 November di Bandar Gyeongju, tenggara Korea Selatan.
Apabila ditanya sama ada Trump akan melawat Korea Selatan, Cho menjawab, "Ya," sambil berkata terdapat "kemungkinan tinggi" Trump tidak akan hadir ke sidang kemuncak pemimpin APEC.
Trump dijangka menghadiri Sidang Kemuncak CEO APEC yang berlangsung dari 29 hingga 31 Oktober dan beberapa acara lain, tanpa menyertai sidang kemuncak utama bersama pemimpin APEC.
Apabila ditanya sama ada akan berlaku pertemuan antara Trump dan Presiden Korea Selatan Lee Jae Myung, Cho menjawab secara positif dan menolak kemungkinan hanya pertemuan singkat di luar acara utama.
"Lokasi pertemuan Korea-AS kemungkinan besar di Gyeongju," kata Cho.
Beliau turut menyatakan bahawa perbincangan antara Presiden Lee dengan Presiden China, Xi Jinping, serta potensi pertemuan Trump-Xi juga berkemungkinan diadakan di Gyeongju.
--BERNAMA-YONHAP
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#APEC
#sidang kemuncak
#Cho Hyun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan