Presiden Donald Trump mendoakan kesejahteraan pemimpin Korea Utara Kim Jong-un di kala khabar angin bertiup kencang berhubung tahap kesihatan diktator itu yang dikatakan nazak ketika ini.
Trump ketika ditanya pemberita pada sidang media Selasa mengaku tidak mengetahui sama ada Jong Un benar-benar sakit dan berada dalam keadaan kritikal.
"Saya hanya boleh cakap yang saya mendoakan kesihatannya.
"Semoga sembuh," kata Trump.
Portal berita CNN melaporkan khabar kesihatan Jong-un yang didakwa kritikal selepas menjalani pembedahan.
BACA: Kim Jong Un dilapor 'dalam keadaan kritikal' susulan pembedahan
Laporan yang memetik kenyataan sumber terdekat itu bagaimanapun disanggah beberapa portal lain termasuk media Korea Selatan yang mendakwa pemimpin itu dalam keadaan sihat.
BACA: Seoul nafi pemimpin Korea Utara Kim Jong-un kini tenat
Sumber Pejabat Presiden di Seoul berkata tiada berita ataupun petanda daripada Korea Utara yang mengatakan Jong-un, 36, kini “sakit tenat”.
Memetik laporan Aljazeera, spekulasi mengenai kesihatan Jong-un meningkat disebabkan ketiadaan beliau pada sambutan hari lahir datuknya pada 15 April lalu.
Jong-un kali terakhir membuat penampilan di media rasmi Korea Utara pada 11 April.
Pada 15 April, Jong-un tidak hadir pada sambutan utama di negara itu bagi memperingati kelahiran pengasas Kim Il Sung.
Laman web khusus yang dikendalikan oleh warga Korea Utara yang berpaling tadah, The Daily NK pada Selasa melaporkan bahawa Jong-un kini dalam proses pemulihan di sebuah vila di resort Mount Kumgang susulan pembedahan pada 12 April lalu.
Untuk rekod, ini bukan kali pertaman timbulnya desas-desus mengenai kesihatannya yang mencetuskan spekulasi dan kemudiannya diberhentikan.
Astro Awani
Tue Apr 21 2020
Trump mendoakan kesejahteraan Jong-un (kiri) di kala khabar angin bertiup kencang berhubung tahap kesihatan diktator itu yang dikatakan sedang nazak. -Gambar fail
Nor Farah Ain tidak percaya bergelar juara dunia
Atlet boling pada negara Nor Farah Ain Abdullah masih tidak percaya sudah bergelar juara dunia pada penampilan sulungnya di Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024 di Guernsey, Channel Islands
Program Jana Wibawa dilaksana selepas dapat persetujuan Jemaah Menteri - Saksi
Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu bahawa cadangan mengenai Jana Wibawa telah dibawa ke mesyuarat untuk pertimbangan sebelum Jemaah Menteri memutuskan supaya program itu diteruskan pada 2020.
[TERKINI] Sidang Media Perdana Menteri di Riyadh, Arab Saudi
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan sidang media susulan lawatan kerja rasmi ke Mesyuarat Khas WEF 2024 di Riyadh Arab Saudi.
SPR keluar 188 kertas undi pos bagi PRK Kuala Kubu Baharu
Pengeluaran kertas undi pos itu dilakukan oleh petugas pilihan raya yang dilantik Pegawai Pengurus dengan kehadiran ejen undi pos daripada semua empat calon yang bertanding.
KDN muktamad pembelian empat helikopter untuk APMM bernilai RM600 juta
Kertas kerja bagi perolehan aset itu sudah diserahkan kepada Kementerian Kewangan untuk keputusan akhir.
Tulis ancaman bom atas bungkusan, pekerja stor didenda RM3,000
Muhammad Rozali Rahim, 23, membuat pengakuan itu ketika pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Muhammad Bukhori Md Ruslan.
Kempen PRK KKB lancar setakat ini - Polis Selangor
Kempen PRK DUN KKB yang memasuki hari ketiga hari ini berjalan lancar dan tiada sebarang insiden tidak diingini dilaporkan setakat ini.
Buletin AWANI Khas: Asia Barat sedang ‘Stress’: Dialog menteri-menteri dunia Arab
Situasi meruncing di Gaza, konflik Iran-Israel dan ditambah pula persaingan kuat dua kuasa, Amerika Syarikat dan China dilihat terus membayangi percaturan geopolitik dan geoekonomi negara-negara Islam di Asia Barat. Beberapa Menteri Luar negara-negara Arab duduk sepentas di Mesyuarat Khas WEF, Riyadh dalam sesi ini.
#SpecialMeeting24
#SpecialMeeting24
AWANI Ringkas: Projek NTC | Sindiket Dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kilang cat terbakar, dua sekolah di Meru diarah ditutup
Penutupan dua buah sekolah terlibat iaitu SK Meru dan Sekolah Rendah Agama Meru 2 itu dibuat atas faktor keselamatan.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
7 juri dipilih dalam bicara kes wang sogok yang dihadapi Trump
Tujuh juri dipilih dalam perbicaraan kes wang sogok Donald Trump di New York, perbicaraan jenayah pertama terhadap bekas presiden Amerika Syarikat.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbicaraan skandal Donald Trump - bintang porno bermula
Donald Trump menjadi bekas Presiden Amerika Syarikat pertama yang menghadapi perbicaraan kes jenayah.
Bicara kes bayaran tutup mulut yang dihadapi Trump bermula dengan pemilihan juri
Donald Trump akan menjadi bekas presiden pertama dalam sejarah Amerika Syarikat (AS) yang dibicarakan atas tuduhan jenayah.
Trump gagal tangguh, perbicaraan tetap berlangsung 15 April ini
Ini merupakan kali pertama bekas Presiden AS dibicarakan melibatkan bayaran menutup mulut kepada seorang bintang filem lucah.
Biden menang pemilihan peringkat awal di Dakota Utara
Dalam pemilihan peringkat awal di Dakota Utara, terdapat 13 perwakilan ditawarkan dan kebanyakan pengundian dilakukan melalui undi pos.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbicaraan Donald Trump bermula 15 April
Ini merupakan kali pertama bekas Presiden AS dibicarakan melibatkan bayaran menutup mulut kepada seorang bintang filem lucah.