awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Teksi Malaysia di Singapura wajib pasang OBU sebelum pelaksanaan ERP 2 pada 2027
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump hentikan serbuan imigresen di ladang, hotel dan restoran - Laporan

Bernama
Bernama
15/06/2025
08:17 MYT
Trump hentikan serbuan imigresen di ladang, hotel dan restoran - Laporan
Situasi kawalan di sebuah pusat tahanan migran yang diselia Jabatan Imigresen dan Penguatkuasaan Kastam (ICE) di Miami. - AP
NEW YORK: Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengarahkan ejen imigresen supaya menghentikan tangkapan di ladang, restoran dan hotel, satu perubahan dasar susulan kebimbangan bahawa tindakan keras terhadap imigran kebelakangan ini boleh menjejaskan industri berkenaan, lapor Xinhua memetik laporan CBS News.
Industri-industri berkenaan sangat bergantung kepada tenaga kerja dalam kalangan imigran, termasuk ramai yang berada di Amerika Syarikat secara tidak sah, menurut laporan itu, yang memetik sumber.
Keputusan itu dibuat ketika Jabatan Imigresen dan Penguatkuasaan Kastam (ICE) meningkatkan serbuan di tempat kerja di seluruh negara untuk menahan dan menghantar pulang migran tanpa dokumen.
Adegan ejen ICE menahan migran di ladang dan pusat cuci kereta mendominasi tajuk utama minggu lalu.
Tindakan keras terhadap migran mencetuskan protes di banyak bandar AS termasuk Los Angeles dan New York.
Keganasan dalam protes itu menyebabkan pentadbiran Trump mengerahkan anggota Pengawal Kebangsaan dan tentera laut ke kawasan Los Angeles meskipun dibantah oleh Gabenor California Gavin Newsom dan pegawai tempatan lain.
Buat masa ini, Washington masih boleh menggunakan anggota tentera untuk melindungi ejen ICE dan mengawal protes.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#serbuan imigresen
#pekerja asing
#migran
#Amerika Syarikat
#ice
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan