INTERNATIONAL
Trump janji nyahklasifikasi dokumen berkaitan pembunuhan Kennedy, Martin Luther King Jr

Trump menyatakan bahawa langkah ini adalah untuk memulihkan ketelusan dan akauntabiliti kerajaan. -Gambar fail/Reuters
ISTANBUL: Presiden terpilih Amerika Syarikat Donald Trump berjanji pada Ahad bahawa beliau akan menyahklasifikasikan dokumen berkaitan pembunuhan bekas Presiden John F. Kennedy dan aktivis hak sivil Dr Martin Luther King Jr, lapor Agensi Anadolu (AA).
Ringkasan AI
- Donald Trump berjanji untuk menyahklasifikasikan dokumen berkaitan pembunuhan bekas Presiden John F. Kennedy, Robert Kennedy, dan aktivis hak sivil Dr. Martin Luther King Jr.
- Trump menyatakan bahawa langkah ini adalah untuk memulihkan ketelusan dan akauntabiliti kerajaan.
- Trump akan mengangkat sumpah jawatan pada Isnin dan dijangka menandatangani beberapa perintah eksekutif tidak lama selepas itu.
Trump sebelum ini turut menyeru agar maklumat berkaitan pembunuhan JFK pada 1963 didedahkan sepenuhnya.
Dalam ucapan pada Ahad, beliau mengulangi komitmen itu dengan menyatakan bahawa beliau akan menunaikan janji tersebut sebaik sahaja memegang jawatan.
Robert Kennedy dan Martin Luther King Jr pula masing-masing dibunuh pada 1968.
Trump akan secara rasmi mengangkat sumpah jawatan pada Isnin sebelum tengah hari dan dijangka menandatangani beberapa perintah eksekutif yang telah disiapkan tidak lama selepas itu.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami