awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
NSW, Australia larang perhimpunan awam selama 2 minggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS

Bernama
Bernama
19/01/2025
16:51 MYT
Trump mahu hidupkan semula TikTok, minta 50 peratus pemilikan AS
TRUMP: Saya mahu Amerika Syarikat memiliki 50 peratus kepentingan dalam usaha sama ini. - Gambar fail/REUTERS
WASHINGTON: Presiden Terpilih Amerika Syarikat Donald Trump menyatakan pada Ahad, beliau akan mengeluarkan perintah eksekutif apabila memegang jawatan itu pada Isnin untuk membenarkan TikTok kembali beroperasi, sambil menyatakan hasratnya agar Amerika Syarikat (AS) memiliki 50 peratus kepentingan dalam usaha sama berkenaan.
TikTok, yang dimiliki oleh syarikat China ByteDance, berhenti beroperasi untuk 170 juta pengguna di Amerika Syarikat pada Ahad selepas undang-undang yang mengharamkan aplikasi itu berkuat kuasa.
Pengharaman itu berpunca daripada kebimbangan mengenai kemungkinan data rakyat Amerika disalahgunakan oleh pegawai China.
"Saya mahu Amerika Syarikat memiliki 50 peratus kepentingan dalam usaha sama ini," kata Trump menerusi media sosial.
-- REUTERS
Topic Berkaitan
#Presiden terpilih Amerika Syarikat
#Donald Trump
#TikTok
#ByteDance
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan