awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPA sasar 30,000 lantikan penjawat awam tahun ini
Jabatan Imigresen tegas banteras amalan 'duit kopi' di pintu masuk negara - KP
Indonesia sambung SAR puluhan mangsa hilang dalam insiden tanah runtuh di Bandung Barat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump mahu keterangan Juri Agung dalam kes Epstein didedahkan

Bernama
Bernama
18/07/2025
09:29 MYT
Trump mahu keterangan Juri Agung dalam kes Epstein didedahkan
Trump berkata, berdasarkan liputan yang tidak munasabah terhadap Jeffrey Epstein, beliau telah meminta Peguam Negara Pam Bondi untuk mengemukakan semua keterangan Juri Agung yang berkaitan. - Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Khamis mengarahkan Peguam Negara untuk mengemukakan keterangan "berkaitan" daripada Juri Agung dalam kes melibatkan pesalah seks Jeffrey Epstein, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
"Berdasarkan liputan yang tidak munasabah terhadap Jeffrey Epstein, saya telah meminta Peguam Negara Pam Bondi untuk mengemukakan semua keterangan Juri Agung yang berkaitan, tertakluk kepada kelulusan Mahkamah," tulis Trump di platform media sosialnya, Truth Social.
"Penipuan yang didalangi Demokrat ini perlu dihentikan sekarang juga!"
Beberapa minit kemudian, Bondi membalas di X bahawa Jabatan Kehakiman "sedia membawa perkara ini ke mahkamah esok bagi membatalkan meterai transkrip Juri Agung itu."
Semasa kempen pilihan raya presidennya tahun lepas, Trump berjanji akan mendedahkan fail berkaitan tokoh kewangan yang memalukan itu, yang meninggal dunia pada 2019 dalam sel penjara di New York dalam kejadian yang secara rasmi diklasifikasikan sebagai bunuh diri.
Kematian Epstein mencetuskan pelbagai spekulasi, khususnya dalam kalangan kumpulan sayap kanan AS, meskipun penemuan rasmi menyatakan sebaliknya, berikutan hubungan rapat beliau dengan golongan elit negara itu.
Minggu lepas, Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) sekali lagi mengesahkan kematian Epstein adalah akibat bunuh diri dan tiada bukti yang mengaitkan individu berprofil tinggi lain atau kewujudan "senarai" pelanggan berpengaruh.
--BERNAMA-dpa
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#juri agung
#dedah keterangan
#peslah seks
#Jeffrey Epstein
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan