awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Modi diberi sambutan rasmi di Kompleks Perdana Putra
Vokalis 3 Doors Down, Brad Arnold meninggal dunia akibat kanser
EPL: Spurs mangsa kebangkitan Manchester United seterusnya
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump nafi pengecualian tarif untuk produk telefon pintar, cip

Agensi
Agensi
14/04/2025
09:19 MYT
Trump nafi pengecualian tarif untuk produk telefon pintar, cip
Trump semasa ditemui wartawan di atas pesawat Air Force One semasa tiba di Washington dari West Palm Beach. - Foto Reuters
WASHINGTON: Tiada pengecualian tarif seperti yang diumumkan pada Jumaat lepas, kata Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad.

Ringkasan AI
  • Presiden AS Donald Trump menegaskan tiada pengecualian tarif diumumkan, dan produk masih tertakluk kepada tarif sedia ada.
  • Berbeza dengan pengumuman Jabatan Kastam dan Kawalan Sempadan (CBP) yang menyatakan beberapa produk dikecualikan daripada tarif timbal balik.
  • Trump menyatakan tarif baharu akan dikenakan ke atas import semikonduktor dalam masa terdekat, serupa dengan tarif ke atas keluli, kereta, dan aluminium.

“Tiada pengecualian tarif diumumkan pada Jumaat lepas, produk ini tertakluk kepada Tarif Fentanyl 20 peratus sedia ada, dan ia hanya berpindah ke tarif yang berbeza,” katanya.
Trump menjawab isu berkenaan melalui catatan di platform Truth Social miliknya, malah dia turut mengecam agensi media dengan mendakwa enggan melaporkan perkara berkenaan.
Ia berbeza dengan pengumuman yang dibuat oleh Jabatan Kastam dan Kawalan Sempadan (CBP) pada penghujung minggu lalu bahawa produk seperti telefon pintar, komputer riba dan cip dikecualikan daripada tarif timbal balik.
Trump fokus tarif baharu, semikonduktor disiasat
Langkah ini diambil selepas pentadbiran Trump mengenakan tarif minimum sebanyak 145 peratus ke atas barangan dari China yang diimport ke Amerika.
Tambahnya menerusi Kawalan Tarif Nasional AS, ia akan menilai sektor semikonduktor dan rantaian bekalan elektronik secara keseluruhan.
Trump semasa ditemui media semalam berkata, kadar tarif ke atas import semikonduktor akan diumumkan dalam tempoh seminggu.
“Tarif akan dilaksanakan dalam masa terdekat, sama seperti apa yang kita lakukan (kepada produk) keluli, kereta dan aluminium.
“Kami akan lakukan perkara sama dengan semikonduktor, cip,” katanya semasa ditemui wartawan di atas pesawat Air Force One semasa tiba di Washington dari West Palm Beach, seperti dilaporkan Reuters. - Agensi
Topic Berkaitan
#CIP
#elektronik
#tarif
#cukai
#Fentanyll
#Amerika Syarikat
#AS
#China
#Donald Trump
#kastam
#rantaian bekalan
#semikonduktor
#telefon pintar
#Washington
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan