Skip to main content

Dunia

Trump pindah pesawat secara rahsia susulan 'ancaman Iran'

U.S. President Donald Trump points towards the new Air Force One, a plane gifted by the Qatari government, before boarding, at Joint Base Andrews, Maryland, U.S., July 1, 2026. REUTERS/Evan Vucci TPX IMAGES OF THE DAY
Operasi helah dramatik itu dilakukan ketika beliau dalam penerbangan pulang daripada menghadiri Sidang Kemuncak NATO di Ankara, Turkiye pada 8 Julai lalu. -Gambar fail/Reuters
Advertisement

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dilapor terpaksa diseludup keluar dari pesawat rasmi Air Force One menggunakan sebuah lori katering dalam satu operasi helah keselamatan bagi melindungi beliau daripada potensi ancaman pembunuhan yang dikaitakan dengan Iran.

Operasi helah dramatik itu dilakukan ketika beliau dalam penerbangan pulang daripada menghadiri Sidang Kemuncak NATO di Ankara, Turkiye pada 8 Julai lalu.

Seorang pegawai kerajaan AS memberitahu akhbar Washington Post, rakaman video pada malam kejadian memaparkan Trump menaiki pesawat jet jumbo Air Force One terlebih dahulu menerusi pintu sebelah kiri.

Walau bagaimanapun, beberapa minit kemudian, Trump dilapor dipindahkan secara rahsia ke dalam sebuah pesawat yang lebih kecil menggunakan lori katering lapangan terbang yang biasanya digunakan untuk memuatkan bekalan makanan.

Kumpulan wartawan dan sebahagian kakitangan White House  yang berada di dalam pesawat asal berkenaan langsung tidak dimaklumkan bahawa Trump akan menaiki penerbangan berasingan.

Laporan tersebut menyebut operasi berkenaan merupakan sebahagian daripada helah keselamatan yang direka untuk mengaburkan lokasi sebenar Trump sepanjang penerbangan pulangnya.

 

Must Watch Video

Advertisement