Skip to main content
Advertisement

Dunia

Trump sambut Xi ke Washington, perdagangan dan AI dijangka jadi fokus

FILE PHOTO: U.S. President Donald Trump and Chinese President Xi Jinping react as they hold a bilateral meeting at Gimhae International Airport, on the sidelines of the Asia-Pacific Economic Cooperation (APEC) summit, in Busan, South Korea, October 30, 2025. REUTERS/Evelyn Hockstein/File Photo
Lawatan selama tiga hari itu merupakan lawatan negara pertama Xi ke AS sejak 2015 dan pertemuan ketiga beliau dengan Trump dalam tempoh setahun. - Foto fail/REUTERS
Advertisement

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijadual menyambut Presiden China Xi Jinping di Washington minggu ini dalam lawatan negara yang menyaksikan isu perdagangan, kecerdasan buatan (AI) dan Taiwan dijangka menjadi agenda utama perbincangan antara dua kuasa besar dunia.

Xi akan disambut sendiri oleh Trump di Pangkalan Tentera Udara Andrews sebelum menghadiri majlis makan malam rasmi di White House serta beberapa acara kenegaraan lain.

Lawatan selama tiga hari itu merupakan lawatan negara pertama Xi ke AS sejak 2015 dan pertemuan ketiga beliau dengan Trump dalam tempoh setahun.

Perhatian turut tertumpu kepada kemungkinan lanjutan perjanjian perdagangan AS-China yang dicapai pada Oktober tahun lalu dan dijadual tamat pada November ini.

Perjanjian itu menyaksikan Washington menangguhkan kenaikan tarif ke atas barangan China, manakala Beijing melonggarkan sekatan eksport unsur nadir bumi yang penting kepada sektor pembuatan.

Penganalisis menjangkakan kedua-dua pemimpin akan membincangkan usaha mengekalkan perjanjian itu ketika hubungan perdagangan antara kedua-dua negara masih berdepan cabaran.

Trump dijangka turut membangkitkan isu defisit perdagangan AS dengan China yang menurut data terkini Biro Banci AS melebihi AS$91 bilion.

Selain perdagangan, AI juga dijangka menjadi topik penting susulan persaingan sengit antara Washington dan Beijing dalam pembangunan teknologi itu.

Beberapa tokoh industri teknologi dan AI, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif OpenAI Sam Altman, Ketua Pegawai Eksekutif Nvidia Jensen Huang dan pemilik X Elon Musk, dijadual menghadiri jamuan negara di White House.

Isu Taiwan turut dijangka dibincangkan ketika Kongres AS baru-baru ini meluluskan pakej penjualan senjata bernilai berbilion dolar kepada pulau yang ditadbir sendiri itu, satu langkah yang ditentang Beijing.

Walaupun pemerhati tidak menjangka sebarang kejayaan besar dicapai sepanjang lawatan berkenaan, pertemuan itu dilihat penting dalam usaha mengekalkan hubungan dan saluran komunikasi antara dua ekonomi terbesar dunia.

 

Must Watch Video

Advertisement