awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
Jumlah mangsa banjir Pahang menurun, 79 berada di PPS
Ringgit cecah paras tertinggi dalam lima tahun berbanding dolar AS pada awal dagangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump tandatangan perintah eksekutif kenakan tarif ke atas negara import minyak Venezuela

Bernama
Bernama
25/03/2025
01:40 MYT
Trump tandatangan perintah eksekutif kenakan tarif ke atas negara import minyak Venezuela
Pemandangan dron pelabuhan Bolivariana de Puertos di La Guaira, Venezuela, 17 April 2024. - Gambar fail/REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menandatangani perintah eksekutif pada Isnin bagi mengenakan tarif terhadap negara yang mengimport minyak Venezuela, lapor Anadolu Ajansi.
Bermula 2 April, tarif sebanyak 25 peratus boleh dikenakan ke atas semua barangan yang diimport ke AS dari mana-mana negara yang membeli minyak Venezuela, sama ada secara langsung atau melalui pihak ketiga, menurut perintah itu.
Dokumen itu menyatakan bahawa tindakan dan dasar "rejim Nicolas Maduro di Venezuela terus menimbulkan ancaman luar biasa" terhadap keselamatan negara dan dasar luar AS.
Terdahulu pada Isnin, Trump mengumumkan bahawa beliau akan mengenakan tarif "sekunder" ke atas Venezuela berikutan dakwaan Caracas secara rahsia menghantar puluhan ribu anggota kumpulan geng ke AS.
Setiausaha Negara AS, Marco Rubio turut menegaskan bahawa Washington tidak akan berkompromi dengan mana-mana negara atau syarikat minyak yang terlibat dalam pengeluaran, pengeksktrakan atau eksport minyak dan produk berkaitan dengan "rejim Maduro" di negara itu.
"Ini adalah rejim yang secara berterusan mencuri pilihan raya, merompak rakyatnya sendiri dan bersekongkol dengan musuh kita.
"Mana-mana negara yang membenarkan syarikatnya beroperasi di Venezuela akan dikenakan tarif baharu, manakala syarikat terlibat pula bakal berdepan sekatan," katanya menerusi hantaran di X.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Amerika Syarikat
#tarif
#minyak Venezuela
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan