awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Umrah: Laksana segera syarat jaminan bank ke atas agensi pelancongan - Tiong
NADI laksana penilaian keselamatan susulan siri pecah masuk, kecurian di Johor
Kajian semakan, pembaharuan undang-undang maritim dilaksana secara berperingkat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump tandatangan RUU HK: Amerika akan terima akibatnya! - China

Agensi
Agensi
28/11/2019
16:02 MYT
Trump tandatangan RUU HK: Amerika akan terima akibatnya! - China
Kementerian itu berkata RUU itu mencampuri hal ehwal dalaman China dan Hong Kong, lantas melanggar undang-undang antarabangsa dan norma hubungan antarabangsa. - gambar hiasan
"AMERIKA akan terima akibatnya!"
Itu amaran Beijing kepada Washington susulan Rang Undang-Undang (RUU) tentang hak asasi manusia Hong Kong yang ditandatangani Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Kementerian Luar China dalam satu kenyataan pada Khamis mengulangi kutukan terhadap RUU tersebut dan berkata China akan mengambil tindakan yang tegas.
Beijing menyifatkan kelulusan RUU tersebut sebagai sangat jahat dan berbahaya.
Kenyataan itu juga menyebut rakyat Hong Kong dan China menentang tindakan itu.
Kementerian itu berkata RUU itu mencampuri hal ehwal dalaman China dan Hong Kong, lantas melanggar undang-undang antarabangsa dan norma hubungan antarabangsa.
“Kami ingin menasihati AS bahawa ia akan menanggung akibat daripada tindak balas China jika terus bertindak sewenang-wenangnya dalam isu Hong Kong,” katanya dalam kenyataan.
Kedua-dua negara kini berdepan dengan perang perdagangan dan mempunyai perbezaan pendapat tentang tuntutan China ke atas Laut China Selatan dan Taiwan, isu hak asasi manusia dan dakwaan bahawa China melakukan pengintipan industri.
Topic Berkaitan
#akibat
#China
#Donald Trump
#hak asasi manusia
#Hong Kong
#Kementerian Luar China
#presiden
#Rang Undang-Undang
#RUU
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan