awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump ucap tahniah kepada Manet atas kejayaan rundingan gencatan senjata di Malaysia

Bernama
Bernama
29/07/2025
00:45 MYT
Trump ucap tahniah kepada Manet atas kejayaan rundingan gencatan senjata di Malaysia
Sekembalinya beliau ke Kemboja selepas rundingan gencatan senjata yang berjaya antara tentera Kemboja dan Thailand di Malaysia, Manet (kanan) berkata, beliau menerima panggilan telefon daripada Trump (kiri) yang mengucapkan tahniah.
PHNOM PENH: Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Kemboja Hun Manet atas kejayaan beliau memimpin rundingan gencatan senjata dengan Thailand pada Isnin.
Mesyuarat khas Thailand-Kemboja yang berlangsung di Putrajaya, Malaysia menyaksikan kedua-dua pihak mencapai persetujuan untuk menghentikan permusuhan di sepanjang sempadan utara Kemboja.
Setakat tengah malam, tiada insiden tembakan dilaporkan di kawasan bergolak itu.
"Sekembalinya saya ke Kemboja selepas rundingan gencatan senjata yang berjaya antara tentera Kemboja dan Thailand di Malaysia, saya menerima panggilan telefon daripada Presiden Donald Trump yang mengucapkan tahniah atas kejayaan rundingan gencatan senjata," kata Manet menerusi satu hantaran di Facebook lewat malam Isnin.
Beliau berkata Trump turut bersetuju agar Amerika Syarikat terlibat dalam pemantauan pelaksanaan perjanjian gencatan senjata berkenaan dan bekerjasama dengan mekanisme pemantauan yang diwujudkan oleh Malaysia.
"Beliau (Trump) berpandangan bahawa agar perjanjian ini dapat dilaksanakan secara menyeluruh dan mampan, perlu ada mekanisme pemantauan yang jelas oleh pihak-pihak berkaitan," kata Manet.
Manet dan pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai bersetuju menghentikan semua permusuhan selepas insiden pertempuran bersenjata tercetus antara tentera kedua-dua negara sejak 24 Julai lalu.
Manet turut merakamkan penghargaan kepada Trump atas peranan beliau yang mempercepatkan rundingan gencatan senjata serta kesediaan Amerika Syarikat menjadi penganjur bersama mesyuarat khas itu di Malaysia, menurut hantaran media sosial itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#Hun Manet
#konflik sempadan Kemboja-Thailand
#gencatan senjata
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan