awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump umum mesyuarat AS-Rusia pada Rabu menjelang tarikh akhir gencatan senjata

Bernama
Bernama
06/08/2025
09:19 MYT
Trump umum mesyuarat AS-Rusia pada Rabu menjelang tarikh akhir gencatan senjata
Mesyuarat itu dijadualkan berlangsung hanya beberapa hari sebelum tarikh akhir yang ditetapkan Trump (kanan) kepada Presiden Rusia Vladimir Putin (kiri), untuk mencapai gencatan senjata dalam peperangan di Ukraine. -Gambar fail/Reuters
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan bahawa mesyuarat antara AS dan Rusia bagi membincangkan kemungkinan gencatan senjata dalam konflik Rusia-Ukraine dijadualkan diadakan pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Ringkasan AI
  • Mesyuarat AS-Rusia mengenai konflik Ukraine berlangsung di Riyadh dan memberi tumpuan kepada cadangan gencatan senjata separa, termasuk penghentian serangan di Laut Hitam.
  • Ukraine telah bersetuju dengan gencatan senjata 30 hari, manakala AS berjanji untuk menyambung bantuan ketenteraan dan risikan.
  • Hasil rundingan dijangka diumumkan dalam bentuk pernyataan bersama, dengan harapan Rusia turut menerima cadangan tersebut.

"Kita ada mesyuarat dengan Rusia esok," kata Trump kepada wartawan pada Selasa.
"Kita akan lihat apa yang berlaku."
Mesyuarat itu dijadualkan berlangsung hanya beberapa hari sebelum tarikh akhir yang ditetapkan Trump kepada Presiden Rusia Vladimir Putin, untuk mencapai gencatan senjata dalam peperangan di Ukraine.
Presiden AS itu tidak memberikan butiran lanjut, termasuk siapa yang akan menghadiri mesyuarat itu.
Pada Ahad, Trump menyatakan beliau merancang untuk menghantar utusan khasnya Steve Witkoff, ke Rusia pada pertengahan minggu.
Trump berkata beliau berhasrat untuk mengenakan sekatan sekiranya tarikh akhir itu yang akan berakhir pada Jumaat berlalu tanpa sebarang hasil. Langkah itu bertujuan menyasarkan negara yang membeli minyak dan gas Rusia bagi menyekat keupayaan Moscow membiayai peperangan di negara jiran, Ukraine.
Presiden AS itu turut mengumumkan pada Isnin, hasratnya untuk menaikkan tarif ke atas India disebabkan perdagangan berterusan negara itu dengan Moscow. Beliau, bagaimanapun tidak menyatakan kadar tarif yang bakal dikenakan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#gencatan senjata
#Rusia
#konflik Rusia-Ukraine
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan