awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump umum tarif 100 peratus terhadap filem luar negara

Bernama
Bernama
05/05/2025
02:00 MYT
Trump umum tarif 100 peratus terhadap filem luar negara
Trump turut menyifatkan insentif luar negara terhadap pembuat filem AS sebagai ancaman terhadap keselamatan negara. - Foto fail/REUTERS
WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengumumkan rancangan untuk mengenakan tarif sebanyak 100 peratus ke atas semua filem yang dihasilkan di luar negara, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di platform Truth Social pada Ahad, Trump berkata langkah itu bertujuan melindungi industri perfileman domestik yang dikatakan sedang mengalami kemerosotan ketara.
"Saya mengarahkan Jabatan Perdagangan dan Wakil Perdagangan AS untuk segera memulakan proses mengenakan tarif 100 peratus ke atas semua filem yang memasuki negara kita dan dihasilkan di luar negara," katanya.
Trump turut menyifatkan insentif luar negara terhadap pembuat filem AS sebagai ancaman terhadap keselamatan negara, dengan mendakwa ia merupakan satu bentuk "mesej danpropaganda."
"Hollywood dan banyak sektor lain di AS sedang terjejas teruk. Ini adalah usaha bersepadu oleh negara-negara asing," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Donald Trump
#tarif
#filem luar negara
#industri perfileman domestik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami