awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ancaman tarif AS jejaskan hubungan transatlantik - Negara-negara Eropah
10 maut dalam insiden dua tren bertembung di selatan Sepanyol
Denmark perkukuh kehadiran tentera di Greenland, tekankan peranan NATO dalam keselamatan Artik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Trump undang Perdana Menteri Pakistan sertai Lembaga Keamanan Gaza

Bernama
Bernama
18/01/2026
20:45 MYT
Trump undang Perdana Menteri Pakistan sertai Lembaga Keamanan Gaza
Shehbaz Sharif dipelawa menyertai Lembaga Keamanan Gaza oleh Donald Trump. - Reuters
NEW DELHI: Perdana Menteri Pakistan, Shehbaz Sharif menerima undangan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump untuk menyertai "Lembaga Keamanan" Gaza, menurut kenyataan Kementerian Luar pada Ahad.
"Pakistan akan terus terlibat dengan usaha antarabangsa bagi keamanan dan keselamatan di Gaza, ke arah penyelesaian berkekalan terhadap isu Palestin selaras dengan resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)," kata jurucakap kementerian itu.
Pada Jumaat, Rumah Putih mengumumkan pembentukan "Jawatankuasa Kebangsaan bagi Pentadbiran Gaza (NCAG)", yang disifatkan sebagai "langkah penting ke hadapan" dalam melaksanakan fasa kedua pelan Trump untuk menamatkan konflik Gaza.
Jawatankuasa itu, yang diketuai oleh Ali Shaath, seorang jurutera dan bekas timbalan menteri dalam Pihak Berkuasa Palestin, akan menguruskan hal ehwal harian wilayah berkenaan yang musnah akibat genosid oleh tentera Israel sejak Oktober 2023
Rumah Putih berkata bahawa bagi "pengoperasian visi Lembaga Keamanan", sebuah lembaga eksekutif pengasas yang "terdiri daripada pemimpin berpengalaman dalam diplomasi, pembangunan, infrastruktur, dan strategi ekonomi" telah ditubuhkan.
Ahli-ahlinya termasuk Setiausaha Negara AS, Marco Rubio; utusan khas AS ke Timur Tengah merangkap hartawan hartanah, Steve Witkoff; menantu Trump, Jared Kushner; bekas Perdana Menteri Britain, Tony Blair; Ketua Pegawai Eksekutif firma ekuiti swasta New York Apollo Global Management, Marc Rowan; Presiden Bank Dunia, Ajay Banga serta Penasihat Keselamatan Kebangsaan AS, Robert Gabriel.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#jawatankuasa pentadbiran
#Gaza
#Lembaga Keamanan
#Shehbaz Sharif
#Donald Trump
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan