awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Anak Muammar Gaddafi maut ditembak
Konsert langgar garis panduan Kelantan: Penganjur didenda, wang cagaran dirampas
Pelaksanaan DRG, pelaburan produk tempatan, MyDigital ID antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tsai Ing-wen muncul presiden wanita pertama Taiwan selepas KMT mengaku kalah

AFP
AFP
16/01/2016
11:57 MYT
Tsai Ing-wen muncul presiden wanita pertama Taiwan selepas KMT mengaku kalah
Pengiraan undi kini masih diteruskan namun jumlah undi yang dipaparkan oleh siaran langsung di kaca televisyen menunjukkan Tsai memperolehi undian besar. - Foto AFP
Calon parti pembangkang utama Taiwan, Tsai Ing-wen mencatat sejarah bakal menjadi Presiden wanita pertama negara itu selepas parti pemerintah Kuomintang (KMT) mengaku kekalahan parti itu dalam pilihan raya yang berlangsung pada Sabtu.
“Saya minta maaf... Kita telah kalah. KMT telah tewas dalam pilihan raya. Kita tidak cukup bekerja keras dan gagal memenuhi harapan pengundi,” kata calon KMT, Eric Chu di hadapan penyokong parti itu di ibu pejabat di Taipei.
Pengiraan undi kini masih diteruskan namun jumlah undi yang dipaparkan oleh siaran langsung di kaca televisyen menunjukkan Tsai memperolehi undian besar, sekitar 60 peratus, berbanding hanya 30 peratus buat Chu.
Sokongan buat Tsai memuncak selepas pengundi melahirkan rasa kurang senang dengan pendekatan presiden Ma Ying-Jeou dari KMT terhadap China. Beliau akan meletakkan jawatan selepas dua penggal memerintah.
Ketika pertumbuhan ekonomi negara itu dilihat tidak menunjukkan peningkatan, ramai yang kecewa apabila perjanjian perdagangan yang dimeterai dengan China tidak memberi faedah kepada rakyat Taiwan.
Topic Berkaitan
#Eric Chu
#KMT
#Kuomintang
#Taiwan
#Tsai Ing-Wen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan