awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UCL: Mo Salah ketuai pesta jaringan Liverpool di Anfield
LVG catat hasil tambahan RM817 juta pada 2025
Polis tahan 30 lelaki pendatang asing di Nilai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tsunami 40cm dikesan di Aomori, Hokkaido selepas gempa bumi 7.6 magnitud landa Jepun

Bernama
Bernama
08/12/2025
22:00 MYT
Tsunami 40cm dikesan di Aomori, Hokkaido selepas gempa bumi 7.6 magnitud landa Jepun
Papan tanda maklumat mengenai penutupan jalan akibat gempa bumi di lebuh raya Chitose, Hokkaido, Jepun, 9 Dis 2025. - REUTERS
TOKYO: Gempa bumi dengan magnitud awal 7.6 melanda timur laut Jepun lewat malam Isnin, dengan ombak tsunami setinggi 40 sentimeter (cm) direkodkan di kawasan sepanjang pantai Pasifik, menurut agensi cuaca negara itu, lapor Xinhua.

Ringkasan AI
  • Gempa bumi magnitud 7.6 melanda timur laut Jepun, memunculkan ombak tsunami setinggi 40cm di sepanjang pantai Pasifik, mengikut agensi cuaca negara itu.
  • Gempa berlaku pada 11.15 malam waktu tempatan pada kedalaman 50 kilometer, mencatatkan intensiti 6 atas pada skala seismik Jepun di kawasan paling teruk terjejas.
  • Agensi Meteorologi Jepun mengeluarkan amaran tsunami bagi Hokkaido, Aomori, dan Iwate, dengan ombak dijangka mencapai ketinggian tiga meter; namun, tiada keabnormalan dilaporkan di loji nuklear Fukushima, Higashidori, dan Onagawa.

Gempa bumi itu berlaku pada 11.15 malam waktu tempatan pada kedalaman 50 kilometer, dan mencatatkan intensiti 6 atas pada skala seismik Jepun yang berjumlah tujuh di kawasan paling teruk terjejas, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA).
Agensi itu telah mengeluarkan amaran tsunami untuk kawasan pantai di wilayah Hokkaido, Aomori dan Iwate, dengan ombak dijangka mencapai ketinggian tiga meter.
Gelombang tsunami setinggi 40cm telah dikesan di luar pesisir wilayah Aomori dan Hokkaido, kata JMA.
Tiada keabnormalan dikesan di loji nuklear Fukushima, Higashidori dan Onagawa, lapor penyiar awam NHK.
Nasihat tsunami turut dikeluarkan untuk wilayah Miyagi dan Fukushima susulan gempa kuat itu, menurut JMA.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#tsunami
#Jepun
#gempa bumi
#Hokkaido
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan