awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MARA sasar UPTM, UniKL disenaraikan di Bursa Malaysia - Ahmad Zahid
KPop Demon Hunters bakal kembali? Sekuel sah dalam pembikinan, dijangka terbit pada 2029
SPRM syor lima penambahbaikan perkukuh tatakelola projek MyKiosk
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tsunami Palu: Angka korban mencecah 832 orang - BNPB

Najib Aroff
Najib Aroff
30/09/2018
07:06 MYT
Tsunami Palu: Angka korban mencecah 832 orang - BNPB
Keadaan di Palu susulan gempa bumi dan tsunami. - AP
Sekurang-kurangnya 832 mangsa dilaporkan terkorban susulan bencana berganda, gempa bumi dan tsunami yang melanda Kota Palu dan Donggala, Sulawesi, menurut Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia.
Pihak berkuasa memaklumkan, angka korban dijangka terus meningkat disebabkan ramai mangsa terperangkap di bawah runtuhan.
Kerja-kerja pembersihan juga sedang giat dijalankan di daerah itu.
BACA: Pengorbanan Agung jadi inspirasi dunia
Tiga kawasan terkena tempias tsunami dan gempa bumi berukuran 7.5 magnitud pada Jumaat itu termasuk Donggala dan Mamuju dengan Palu paling teruk terjejas.
Sejumlah 350 ribu penduduk juga dilaporkan hilang tempat tinggal.
Presiden Indonesia, Joko Widodo juga dalam perjalanan ke kawasan bencana bagi melawat mangsa.
Topic Berkaitan
#gempa bumi
#Indonesia
#Joko Widodo
#mangsa
#palu sulawesi
#Tsunami Palu
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan