awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Dua remaja lelaki mati ditembak di Amsterdam
Puspakom selaras Caj Pemprosesan Tempahan Pemeriksaan Kenderaan kepada RM5 bermula Ahad
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh terbunuh dalam kebakaran di bangunan penempatan di bandar Mumbai

Bernama
Bernama
22/01/2022
12:26 MYT
Tujuh terbunuh dalam kebakaran di bangunan penempatan di bandar Mumbai
Tujuh maut dan ramai lagi cedera dalam kejadian kebakaran membabitkan sebuah bangunan di Mumbai, India pada awal Sabtu. - Foto AP
NEW DELHI: Tujuh maut dan ramai lagi cedera dalam kejadian kebakaran membabitkan sebuah bangunan di Mumbai, India pada awal Sabtu.
Anggota bomba bertindak memindahkan berpuluh-puluh penghuni dari bangunan kediaman setinggi 20 tingkat di kawasan Tardeo, lokasi utama di bandar itu, lapor saluran televisyen tempatan.
Seorang pegawai kanan polis di lokasi kejadian berkata 21 jentera bomba terlibat dalam operasi memadam kebakaran yang bermula sekitar 7 pagi di salah satu unit tingkat atas.
Litar pintas mungkin punca kebakaran, kata Datuk Bandar Mumbai Kishori Pednekar.
Kira-kira 15 mangsa yang cedera telah dibawa ke pelbagai hospital dan sebahagian daripadanya berada dalam keadaan kritikal.
Lebih 90 penghuni bangunan berjaya menyelamatkan diri serta ada dalam kalangan mereka dibantu jiran masing-masing, kata seorang saksi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kebakaran
#Mumbai
#India
#Tardeo
#kebakaran bangunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan