awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
Objek disyaki bom ditemui di terminal bas Pattani
Pemandu bas sekolah direman disyaki terlibat gangguan seksual pelajar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tujuh terbunuh dalam serangan bersenjata di tapak projek Kashmir

Bernama
Bernama
21/10/2024
04:30 MYT
Tujuh terbunuh dalam serangan bersenjata di tapak projek Kashmir
Serangan itu menyasarkan pekerja bukan tempatan di Gagangir, kawasan Sonamarg. - Gambar fail/ AP
NEW DELHI: Tujuh orang termasuk seorang doktor tempatan terbunuh dalam serangan bersenjata ke atas pekerja sebuah syarikat pembinaan di wilayah Jammu dan Kashmir pada Ahad.
Menurut laporan media tempatan, penyerang yang tidak dikenali bertindak menyerang sebuah kem yang menempatkan pekerja terlibat dalam projek pembinaan terowong di daerah Ganderbal.
Ketua Menteri Jammu dan Kashmir, Omar Abdullah berkata serangan itu menyasarkan pekerja bukan tempatan di Gagangir, kawasan Sonamarg.
"Saya mengutuk sekeras-kerasnya serangan yang menyasarkan orang awam yang tidak bersalah dan menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa," kata Omar dalam satu hantaran di platform X.
Mangsa yang terbunuh terdiri daripada pekerja migran dan pekerja tempatan, termasuk seorang doktor Kashmir.
Manakala mangsa yang cedera dibawa ke Institut Sains Perubatan Sher-e-Kashmir (SKIMS) di Srinagar.
Menteri Dalam Negeri India, Amit Shah mengecam serangan itu sebagai "tindakan pengecut yang keji" dan berjanji bahawa mereka yang bertanggungjawab akan dihukum.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jammu and Kashmir
#serangan bersenjata
#Kashmir
#India
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan