awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tahun Baharu Cina: Lapangan terbang serantau perkukuh pemantauan virus Nipah
PM umum pengecualian cukai 10 tahun bagi yayasan pendidikan
Penyokong Selangor FC disyaki terlibat insiden bakar suar disambung reman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Tukar tulang ibu bapa sudah meninggal dengan motosikal

Sinar Harian
Sinar Harian
17/11/2019
22:57 MYT
Tukar tulang ibu bapa sudah meninggal dengan motosikal
Seorang lelaki di Mozambique tergamak menggali semula kubur ibu bapanya untuk menukarkan tulang mereka dengan sebuah motosikal.
Seorang lelaki di Mozambique tergamak menggali semula kubur ibu bapanya untuk menukarkan tulang mereka dengan sebuah motosikal.
Polis memaklumkan lelaki di wilayah Nampula tersebut ditahan selepas disyaki melakukan perbuatan itu termasuk ke atas kubur pak ciknya.
"Dia menggali untuk mendapatkan kesemua tulang terbabit dalam tempoh satu malam selepas seorang ahli perniagaan berjanji untuk memberikan motosikal dan wang tunai berjumlah lebih AS$300 (RM1,245)," kata jurucakap pihak berkuasa.
Menurut lelaki itu, 'bos' terbabit menyuruhnya mencari tulang individu yang meninggal dunia tanpa jatuh sakit.
"Saya akhirnya memilih kubur bapa, ibu dan pak cik saya," katanya tanpa rasa bersalah.
BACA JUGA: Tersingkap kain kapan, kandungannya betul-betul buat penduduk terkejut!
Lelaki berkenaan dikatakan turut melakukan perjalanan ke sebuah lokasi untuk bertemu ahli perniagaan yang didakwa terlibat dalam penerokaan sumber mineral, namun dia tiada di tempat tersebut.
Sementara itu, polis mengesahkan ia adalah kejadian kelima seumpama itu yang berlaku di kawasan tersebut pada tahun ini yang dipercayai ada kaitan dengan ilmu sihir.
Topic Berkaitan
#gali semula kubur
#meninggal dunia tanpa jatuh sakit
#tukar tulang dengan motosikal
#tulang mayat
#wilayah Nampula
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan