awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turkiye sedia hos sidang kemuncak Ukraine-Rusia peringkat pemimpin

Bernama
Bernama
12/08/2025
23:40 MYT
Turkiye sedia hos sidang kemuncak Ukraine-Rusia peringkat pemimpin
Dalam perbualan telefon antara Erdogan (kiri) dan Zelensky (kanan) pada Selasa, kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan dua hala Turkiye-Ukraine serta isu-isu utama serantau dan global. - Foto REUTERS
ISTANBUL: Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan telah menyatakan kesediaan negara itu untuk menjadi tuan rumah sidang kemuncak peringkat pemimpin bagi terus menyokong proses damai antara Ukraine dan Rusia, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Dalam perbualan telefon dengan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky pada Selasa, yang dibuat atas permintaan Kyiv, Erdogan berkata penubuhan kumpulan kerja dalam bidang ketenteraan, kemanusiaan dan politik akan membuka laluan kepada sidang kemuncak itu, menurut Direktorat Komunikasi Turkiye.
Kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan dua hala Turkiye-Ukraine serta isu-isu utama serantau dan global.
Erdogan menekankan kemajuan dalam rundingan terus yang sedang berlangsung antara Ukraine dan Rusia di Istanbul, menyifatkannya sebagai "berharga," dan menyatakan harapan agar "keputusan yang bermakna mengenai gencatan senjata" akan dicapai semasa pusingan rundingan akan datang, yang menurutnya adalah langkah kritikal ke arah keamanan jangka panjang.
Presiden Turkiye itu menegaskan semula sokongan berterusan Turkiye terhadap "kedaulatan dan integriti wilayah Ukraine," sambil menekankan peranan Ankara sebagai pengantara utama dalam konflik itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sidang kemuncak Ukraine-Rusia
#Recep Tayyip Erdogan
#Volodymyr Zelensky
#Turkiye
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan