awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan Perancis berdepan lagi undi tidak percaya
Skim Pembiayaan Teman TEKUN salur RM25.17 juta di Sabah tahun lepas
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Turkiye tidak luluskan kerjasama dengan Israel dalam NATO - Erdogan

Bernama
Bernama
12/07/2024
08:36 MYT
Turkiye tidak luluskan kerjasama dengan Israel dalam NATO - Erdogan
Erdogan berkata cubaan kerjasama dengan Israel dalam NATO tidak akan diluluskan oleh Turkiye, sehingga perdamaian dapat diwujudkan di Palestin. - Foto Reuters
WASHINGTON: Cubaan untuk bekerjasama dengan Israel dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) adalah "tidak boleh diterima," kata Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan pada Khamis.
"Pentadbiran Israel yang telah melanggar nilai asas pakatan ini tidak boleh terus bekerjasama dengan NATO," kata Erdogan dalam satu sidang media di Washington selepas menghadiri sidang kemuncak pemimpin-pemimpin NATO.
Pakatan pertahanan itu terdiri daripada 32 anggota dan mengekalkan hubungan dengan banyak negara bukan anggota serta organisasi antarabangsa.
Erdogan menekankan kekejaman Israel di wilayah Palestin yang diduduki terutamanya di Gaza semasa perbincangan di luar sidang kemuncak itu.
"Cubaan kerjasama dengan Israel dalam NATO tidak akan diluluskan oleh Turkiye, sehingga perdamaian dapat diwujudkan di Palestin.
"Adalah penting anggota masyarakat antarabangsa berganding bahu terhadap penyelesaian dua negara antara Israel dan Palestin berdasarkan garis sempadan 1967," katanya.
Erdogan juga menzahirkan kegembiraannya bahawa semakin banyak negara mengiktiraf Palestin dan menggesa negara-negara lain mengemukakan aduan terhadap Israel di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ).
Erdogan turut menekankan keperluan untuk memperkukuh kerjasama antara sekutu NATO dalam memerangi keganasan.
Ankara mengharapkan solidariti daripada sekutunya dalam memerangi keganasan, satu daripada dua ancaman utama yang dikenal pasti oleh NATO, kata Erdogan
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kerjasama Israel
#NATO
#Recep Tayyip Erdogan
#Turkiye
#Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan