DERMAWAN yang juga pengasas syarikat perisian terkemuka Microsoft Corporation, Bill Gates menggesa agar darurat diisytiharkan di seluruh Amerika Syarikat (AS) dalam usaha mengekang pandemik COVID-19.
Gates dalam tulisannya di portal Washington Post berkata beliau telah berbincang dengan pakar dan dimaklumkan bahawa usaha itu tidak akan efektif jika hanya satu atau dua negeri mengeluarkan perintah berkurung manakala yang lain terus dibuka.
Beliau mendakwa pendekatan mengisytihar perintah berkurung di seluruh negara adalah amat diperlukan dalam situasi sekarang.
"Walaupun desakan daripada pakar-pakar kesihatan awam telah dilakukan, namun beberapa negeri dan juga negara tidak juga ditutup sepenuhnya.
"Terdapat beberapa negeri yang mana pantainya masih dibuka dan sebahagian lagi dengan restoran yang masih menyajikan kepada pelanggan yang makan di kedai," tulis Gates.
Tegas beliau, semua tindakan itu adalah resipi kepada bencana kerana orang ramai boleh melakukan perjalanan ke luar negara dan membawa bersama mereka virus tersebut.
"Pemimpin-pemimpin negara perlu jelas bahawa menutup mana-mana kawasan bermakna menutup semua kawasan.
"Sehingga kes jangkitan menunjukkan penurunan di seluruh Amerika Syarikat -- yang mana boleh mengambil masa 10 minggu atau lebih -- tiada pihak boleh meneruskan aktiviti perniagaan seperti biasa atau ambil ringan tentang usaha itu," katanya.
Dalam perkembangan sama, Gates berkata penghasilan vaksin hanyalah separuh daripada perjuangan dan pengeluarannya perlu dipertingkat untuk memenuhi permintaan di seluruh dunia.
"Kita boleh bermula sekarang dengan membangunkan beberapa fasiliti di mana vaksin ini dapat dihasilkan," kata Gates.
Kenyataan itu dizahirkannya selepas beberapa negeri seperti New York, New Jersey dan Washington yang terjejas teruk akibat COVID-19 memaksa penduduknya berkurung.
Manakala di negeri lain dengan jumlah kes yang tidak ketara hanya melaksanakan arahan biasa.
Agensi
Wed Apr 01 2020
Bill Gates menggesa agar darurat diisytiharkan di seluruh AS dalam usaha mengekang pandemik COVID-19. -Gambar fail
Banjir kilat, pokok tumbang jejas 10 mangsa di Taiping
APM Daerah Taiping menerima panggilan kecemasan dari Penghulu Mukim Trong berhubung insiden yang berlaku sekitar jam 6.15 petang itu.
KKB Memilih: Hari penentuan siapa pilihan pengundi
Wartawan Hasimi Muhamad melaporkan perkembangan terkini proses pengundian pilihan raya kecil Kuala Kubu Baharu.
18 pusat mengundi PRK KKB dibuka 8 pagi ini
Kesemua pusat mengundi dibuka sehingga 6 petang kecuali pusat mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina Bukit Fraser, pada 2 petang.
AWANI Pagi: Dilema Penjawat Awam: Menyimpan, meminjam atau melabur
Diskusi Awani Pagi beri tumpuan kepada dilema yang dihadapi penjawat awam, yang perlu buat pilihan antara menyimpan, meminjam atau melabur. Prof Dr Roselina Ahmad Saufi dari Malaysian Graduate School of Entrepreneurship and Business (MGSEB) UMK akan kongsi pandangan beliau dalam 7.30 pagi nanti.
UMNO rai ulang tahun ke-78 penubuhannya hari ini
Parti UMNO, yang menyambut ulangtahun ke-78 hari ini, menganjurkan majlis solat hajat, bacaan yasin dan doa selamat, di Pusat Dagangan Dunia, WTC, malam ini.
PN belum bincang Muhyiddin calon PM - Pas
Isu melibatkan perbincangan calon Perdana Menteri pada PRU16 selain mengekalkan Pengerusi PN itu masih belum dibangkitkan setakat ini.
Israel sifatkan keputusan UNGA memusnahkan piagam PBB
Duta Israel ke PBB Gilad Erdan sifatkan keputusan UNGA meluluskan resolusi UNSC mempertimbang dan menyokong keanggotaan penuh Palestin, sebagai keputusan memusnahkan piagam PBB.
50 orang maut dalam banjir di Afghanistan
Sekurang-kurangnya 50 orang maut, dan lebih 100 lagi cedera di Afghanistan akibat banjir susulan hujan lebat di wilayah utara Baghlan pada Jumaat.
jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Abdul Mateen Qaniee berkata, jumlah kematian mungkin akan meningkat.
jurucakap Kementerian Dalam Negeri, Abdul Mateen Qaniee berkata, jumlah kematian mungkin akan meningkat.
PBB lulus resolusi majlis keselamatan pertimbang Palestin sebagai anggota penuh
Resolusi itu diluluskan dengan 143 negara mengundi menyokong, sembilan mengundi menentang dan 25 berkecuali.
Jangan nafi hak, bantuan kepada golongan isteri ditinggal suami tanpa cerai - KANITA
Timbalan Pengarah Pusat Penyelidikan Wanita dan Gender (KANITA) Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Nor Hafizah Selamat berkata insiden ibu tunggal yang ditinggalkan oleh suami tanpa diceraikan dan dinafikan daripada menerima bantuan Kerajaan adalah membimbangkan. Jelasnya, golongan wanita ini perlu berdiri di atas kaki sendiri selepas dibiar tergantung tidak bertali tidak wajar diabaikan daripada menerima manfaat yang dikhususkan untuk golongan ibu tunggal.
Malaysia disasar sebagai 'rakan' dalam rangkaian bekalan mineral kritikal - Howard
Malaysia disasarkan sebagai 'rakan' dalam rangkaian bekalan mineral kritikal oleh Amerika Syarikat (AS) dan negara kumpulan G7, kata Ahli Parlimen Ipoh Timor Howard Lee.
Kes jenayah Goldman Sachs berhubung 1MDB tamat secara rasmi
Goldman Sachs telah memenuhi kewajipannya dan membayar penalti sebanyak AS$2.9 bilion.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
Sambungan bluetooth dari bumi ke satelit berjaya dilakukan
Hubble Network, sebuah syarikat pemula dari Amerika Syarikat berjaya melakukan sambungan bluetooth dari bumi ke satelit di angkasa lepas.
Ketegangan tercetus antara pelajar pro-Palestin, MP Republikan di universiti AS
Ketegangan tercetus di kampus Universiti George Washington di sini pada Rabu antara pelajar pro-Palestin dan beberapa ahli Parlimen (MP) Republikan.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit ditutup pada 4.7700/7750 berbanding dolar AS 4.7650/7700 ketika ditutup pada Isnin.
CapCut juga mungkin akan diharamkan di Amerika Syarikat
Menurut laporan The Washington Post, Amerika Syarikat turut akan memerlukan CapCut dijual untuk terus beroperasi di negara mereka.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bytedance enggan jual TikTok di Amerika Syarikat
BYTEDANCE kini mengatakan mereka tidak akan menjual perniagaan TikTok di Amerika Syarikat (AS).
Amnesty gesa universiti AS tarik balik tindakan keras terhadap protes Gaza
Dalam satu laporan, badan pemantau hak asasi mengutuk penindasan ke atas pelajar yang melakukan protes terhadap perang di Gaza.