awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UAE, Israel bincang krisis kemanusiaan di Gaza

Astro Awani
Astro Awani
07/01/2025
23:15 MYT
UAE, Israel bincang krisis kemanusiaan di Gaza
Menteri Luar UAE, Sheikh Abdullah Zayed, bertemu dengan rakan sejawatannya dari Israel, Gideon Saar bagi membincangkan krisis kemanusiaan di Gaza pada Selasa. - Foto REUTERS
ABU DHABI: Menteri Luar Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sheikh Abdullah Zayed, bertemu dengan rakan sejawatannya dari Israel, Gideon Saar bagi membincangkan krisis kemanusiaan di Gaza pada Selasa.
Pertemuan yang diadakan di Abu Dhabi itu turut membincangkan usaha serantau dan antarabangsa untuk mencapai gencatan senjata yang kekal di Gaza.
Dalam pada itu, Hamas menggesa Israel menghentikan sepenuhnya serangannya ke atas Gaza dalam sebarang perjanjian untuk membebaskan tebusan.
Kumpulan Pejuang Palestin dan Israel telah mengadakan rundingan dengan perantara dari Qatar dan Mesir dalam usaha yang paling intensif selama berbulan-bulan untuk mencapai gencatan senjata di Gaza.
Terdahulu, Hamas, telah meluluskan senarai 34 tawanan yang dikemukakan oleh Israel untuk potensi pertukaran dalam perjanjian gencatan senjata pada Ahad.
Pegawai itu, yang bercakap dengan syarat identitinya dirahsiakan menegaskan, sebarang perjanjian adalah bergantung kepada persetujuan untuk pengunduran Israel dari Gaza serta pelaksanaan gencatan senjata kekal.
Tekanan semakin meningkat ke atas kedua-dua pihak untuk mencapai perjanjian gencatan senjata yang merangkumi pembebasan tawanan yang ditahan di Gaza sebelum Presiden AS yang bakal dilantik, Donald Trump, memegang jawatan secara rasmi pada 20 Januari ini.
Dapatkan berita terkini di sini
Topic Berkaitan
#gencatan senjata
#krisis kemanusiaan
#Israel
#UAE
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan