awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Palestin mohon mesyuarat tergempar Liga Arab susulan keputusan Israel
Jawatankuasa penganjur Olimpik siasat punca kerosakan pingat
Kerajaan peruntuk RM9.8 juta pada 2025 tangani penyakit, perosak utama sawit - KPK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ubat menumbuhkan semula gigi diuji pada manusia tahun ini

Amanz
Amanz
03/06/2024
01:40 MYT
Ubat menumbuhkan semula gigi diuji pada manusia tahun ini
Sebelum ini ubat ini berjaya diuji pada tikus dan musang di makmal. - Amanz
ORANG dewasa mempunyai 32 gigi kekal tetapi semakin kita meningkat usia, gigi rongak adalah sesuatu yang akan berlaku kerana ia tidak dapa dielakkan.
Saintis dari Kyoto University dan University of Fukui akan mula melakukan ujian ubat yang menumbuhkan semula gigi yang rongak pada manusia.
Sebelum ini ubat ini berjaya diuji pada tikus dan musang di makmal.
Dalam kajian yang telah dilakukan sejak 2005, 'uterine sensitization associated gene-1' (USAG-1 ) didapati adalah penyebab mengapa gigi berhenti tumbuh pada manusia.
Dengan menghalang gen ini, gigi boleh ditubuhkan semula pada tikus dan musang yang diuji.
Ujian ke atas manusia akan dilakukan Hospitak Universiti Kyoto pada September 2024 hingga Ogos 2025.
Pada peringkat awal ia melibatkan 30 individu lelaki berusia 30 hingga 64 tahun yang kehilangan sekurang-kurangnya satu gigi geraham.
Kemudian dalam fasa kedua pula kanak-kanak berusia 2 hingga 7 tahun pula akan menjalani ujian yang sama.
Mereka yang terpilih untuk fasa kedua adalah mereka yang kehilangan sekurang-kurangnya empat gigi kerana kekurangan kongenital.
Sekiranya ujian ke atas manusia ini berkesan, rawatan menumbuhkan semula gigi disasarkan akan mula ditawarkan secara komersial seawal 2030. - Amanz
Topic Berkaitan
#ubat menumbuhkan semula gigi
#Makmal
#tikus
#musang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan