awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis tahan lelaki curi barang kemas bernilai lebih RM150,000 di pusat beli-belah
Kluster tibi: KPM patuh saranan KKM, keadaan terkawal setakat ini - Fadhlina
Israel bedil beberapa kawasan di Gaza meskipun gencatan senjata berkuat kuasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UK beri amaran individu ada alahan serius disaran elak ambil suntikan vaksin Pfizer

Saraya Mia
Saraya Mia
09/12/2020
16:06 MYT
UK beri amaran individu ada alahan serius disaran elak ambil suntikan vaksin Pfizer
Garis panduan terbaharu yang dikeluarkan pihak pengawal itu adalah bagi vaksin itu tidak diberikan kepada lebih ramai golongan. - Gambar fail
LONDON:Penyelia perubatan Britain memberi amaran kepada golongan yang mempunyai alahan serius untuk tidak mengambil suntikan vaksin terhadap COVID-19, vaksin Pfizer-BioNTech.
Arahan itu dikeluarkan susulan dua individu dilaporkan mengalami gejala alahan yang teruk selepas disuntik vaksin buatan Amerika Syarikat (AS) dan Jerman itu pada hari pertama vaksin itu diedarkan di United Kingdom (UK).
“Petang semalam, dua kes dilaporkan mengalami gejala anafilaksis (alahan teruk). Kami faham bahawa golongan itu tidak terlibat dalam ujian klinikal fasa terakhir,” kata Ketua Eksekutif MHRA, June Raine, lapor Reuters.
Sebelum ini, Pfizer memaklumkan bahawa mereka yang mempunyai gejala alahan yang serius tidak akan terlibat sebagai peserta bagi ujian klinikal fasa ketiga, dan perkara itu adalah selari dengan protokol kelulusan kecemasan MHRA.
Pada Selasa, Britain telah memulakan program vaksinasi kepada golongan bersasar, termasuk golongan warga emas dan petugas barisan hadapan bagi keguanaan vaksin Pfizer-BioNTech.
Topic Berkaitan
#United Kingdom
#COVID-19
#vaksin
#Pfizer
#BioNTech
#MHRA
#alahan teruk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan