awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
KBS, JPM Hal Ehwal Agama komited perkukuh pembangunan belia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UK catat 36,660 kes baharu, pakar beri amaran pelonggaran sekatan bakal bawa padah

Agensi
Agensi
13/07/2021
16:34 MYT
UK catat 36,660 kes baharu, pakar beri amaran pelonggaran sekatan bakal bawa padah
Saintis mendesak kerajaan untuk bersiap sedia dengan perancangan kecemasan memandangkan peningkatan jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital. - Gambar REUTERS
LONDON: United Kingdom melaporkan penambahan sebanyak 36,660 kes baharu COVID-19 dan 50 lagi kematian dalam tempoh 24 jam yang lepas.
Angka itu meningkat berbanding 34,471 jangkitan dan enam kematian yang dilaporkan semalam.
Ini merupakan hari ketujuh berturut-turut dengan jumlah kes melebihi 30,000.
Angka kematian hari ini juga adalah tertinggi sejak 9 April, yang merekodkan 60 kematian.
Sejak wabak itu bermula, UK telah mencatat sebanyak 128,481 kes kematian.
Seramai 54,296 orang menerima dos pertama vaksin COVID pada hari Isnin, menjadikan jumlah keseluruhan mencecah 45.9 juta.
Angka keseluruhan mereka yang telah divaksin sepenuhnya kini ialah 34.97 juta.
Data terbaharu daripada Jabatan Kesihatan juga menunjukkan 3,236 orang dimasukkan ke hospital sejak tujuh hari lalu, meningkat sebanyak 53.7 peratus.
Sementara itu, para saintis mendesak kerajaan UK untuk bersiap sedia dengan perancangan kecemasan memandangkan peningkatan jumlah pesakit yang dimasukkan ke hospital dan ia dijangka berterusan sehingga akhir bulan Ogos.
Persatuan Perubatan British (BMA) juga telah memberi amaran bahawa keputusan kerajaan meneruskan pelonggaran sekatan dan penutupan bermula 19 Julai adalah tindakan tidak bertanggungjawab dan berisiko membawa akibat yang sangat buruk.
Topic Berkaitan
#United Kingdom
#COVID-19
#kes baharu
#vaksin
#koronavirus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan