awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Museveni menang Pilihan Raya Presiden Uganda
PRK Lamag: Mohd Ismail lancar manifesto, kemuka tujuh tawaran
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UK catat rekod 111,000 permohonan suaka dalam setahun sehingga Jun 2025

Bernama
Bernama
21/08/2025
14:26 MYT
UK catat rekod 111,000 permohonan suaka dalam setahun sehingga Jun 2025
Laporan menyatakan bahawa 39 peratus pemohon tiba dengan menyeberangi Selat Inggeris menggunakan bot kecil, manakala 11 peratus lagi masuk secara bersembunyi dalam lori, kontena atau tanpa dokumen sah. - Reuters
LONDON: Seramai 111,084 individu memohon suaka di Britain dalam tempoh setahun sehingga Jun 2025, menjadikannya jumlah tertinggi pernah direkodkan bagi mana-mana tempoh 12 bulan sejak rekod semasa bermula pada 2001, menurut data rasmi yang dikeluarkan pada Khamis, lapor Xinhua.
Menurut statistik suku tahunan terkini daripada Kementerian Dalam Negeri Britain, jumlah itu mencatat peningkatan 14 peratus berbanding 97,107 permohonan yang dibuat dalam tempoh sama tahun lalu.
Laporan itu menyatakan bahawa 39 peratus pemohon tiba dengan menyeberangi Selat Inggeris menggunakan bot kecil, manakala 11 peratus lagi masuk secara bersembunyi dalam lori, kontena atau tanpa dokumen sah.
Data itu turut mendedahkan bahawa 32,059 pemohon suaka ditempatkan dalam penginapan sementara, termasuk hotel di seluruh Britain sepanjang separuh pertama tahun ini, satu peningkatan sebanyak lapan peratus berbanding tempoh yang sama tahun lalu.
Laporan ini dikeluarkan hanya beberapa hari selepas mahkamah mengarahkan lebih 100 pemohon suaka dipindahkan dari sebuah hotel di Essex, susulan cabaran undang-undang oleh majlis tempatan di tengah-tengah protes berterusan di kawasan berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#pemohon suaka
#Britain
#Selat Inggeris
#statistik
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan