awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UK nasihatkan warganya supaya keluar dari Sudan Selatan

Bernama
Bernama
28/03/2025
02:50 MYT
UK nasihatkan warganya supaya keluar dari Sudan Selatan
Anggota tentera Sudan berdiri di sebelah kenderaan tentera yang musnah selepas pertempuran dengan Pasukan Sokongan Pantas (RSF) di ibu negara Khartoum, Sudan, beberapa hari lalu. - Gambar Reuters
LONDON: United Kingdom (UK) pada Khamis menasihatkan warganya di Sudan Selatan supaya meninggalkan negara itu jika mereka boleh berbuat demikian, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Nasihat daripada Pejabat Luar, Komanwel dan Pembangunan (FCDO) itu dikeluarkan sehari selepas jumlah petugas kedutaannya di ibu negara, Juba, dikurangkan buat sementara waktu susulan "risiko peningkatan situasi tidak selamat."
"FCDO menasihatkan supaya tidak melakukan sebarang perjalanan ke Sudan Selatan kerana risiko keganasan dan jenayah bersenjata . Jika anda berada di Sudan Selatan dan menilai adalah selamat untuk berbuat demikian, anda harus meninggalkan negara itu sekarang," menurut kenyataan itu.
Kedutaan UK di Juba masih beroperasi untuk melaksanakan tugas penting, namun bantuan konsul kepada warganegara Britain di negara Afrika Timur itu adalah sangat terhad.
Pejabat Luar UK turut memaklumkan bahawa bantuan konsul secara bersemuka tidak dapat disediakan pada masa ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#United Kingdom
#sudan selatan
#rakyat United Kingdom
#konflik Sudan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan