Skip to main content

Dunia

UK peruntuk AS$1 bilion bangunkan superkomputer nasional dengan AI

51591156140_ArtificialIntellige.jpg
AI Hardware Plan itu merangkumi peruntukan baharu sebanyak £750 juta untuk superkomputer AI nasional, yang akan menjadi antara paling canggih di dunia. - Gambar hiasan

MOSCOW: United Kingdom (UK) akan membelanjakan £750 juta (AS$1 bilion) bagi membangunkan superkomputer nasional dengan kecerdasan buatan (AI) menjelang 2030, menurut Kementerian Sains negara itu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“AI Hardware Plan itu merangkumi peruntukan baharu sebanyak £750 juta untuk superkomputer AI nasional, yang akan menjadi antara paling canggih di dunia apabila digunakan pada 2030.

“Ia akan menggabungkan pemproses yang terbukti dan generasi baharu serta cip termaju untuk menjalankan tugasan kompleks dengan lebih cekap berbanding superkomputer tradisional,” menurut kementerian itu dalam kenyataan pada Isnin.

Menurut kenyataan itu, superkomputer berkenaan akan ditempatkan di Universiti Edinburgh, manakala tender bagi projek berkenaan akan diumumkan tidak lama lagi.

Kementerian itu berkata komputer berkenaan akan dilengkapi sistem cip campuran heterogen yang menggunakan cip buatan Britain.

Sistem itu juga akan menyertai Isambard-AI dan Zenith bersama DAWN sebagai sebahagian daripada Sumber Penyelidikan AI UK, bagi menyediakan kuasa pengkomputeran yang diperlukan oleh penyelidik, syarikat pemula dan perkhidmatan awam untuk membangunkan serta menjalankan AI secara selamat di Britain.

-- BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Must Watch Video

Advertisement