awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UK senaraikan Malaysia antara negara berisiko berlaku serangan pengganas

Agensi
Agensi
02/01/2018
01:31 MYT
UK senaraikan Malaysia antara negara berisiko berlaku serangan pengganas
Amaran dikeluarkan ekoran ancaman diterima terhadap risiko penculikan warga asing di pantai timur Sabah terutamanya pulau-pulau yang berdekatan dengan Kepulauan Sulu di selatan Filipina. - Foto fail Sipadan.com
Malaysia tersenarai sebagai antara negara yang berisiko berlaku serangan pengganas oleh Kementerian Luar UK.
Negara-negara yang turut tersenarai termasuk Amerika Syarikat, Perancis, Australia, Jerman dan Belgium.
Selain itu, negara jiran seperti Indonesia dan Thailand serta Filipina juga dikategorikan sebagai negara yang cenderung atau kemungkinan tinggi berlakunya serangan itu.
Ia antara amaran perjalanan yang dikeluarkan ke atas 225 buah negara oleh UK Foreign Office (FO).
Tinjauan Astro AWANI di laman terbabit mendapati amaran perjalanan dikeluarkan kepada rakyat UK yang ingin mengunjungi Malaysia pada 6 Oktober lalu dan telah dikemas kini hari ini.
Pejabat Luar dan Komanwel (FCO) menasihatkan agar rakyatnya mengelak daripada berkunjung ke kawasan pantai timur Sabah dari Kudat ke Tawau, termasuk Lankayan, Mabul, Pom Pom, Kapalai, Litigan, Sipadan dan Mataking.
"Pengganas kemungkinan besar akan cuba melakukan serangan di Malaysia. Serangan boleh berlaku di mana saja, termasuk di tempat yang dilawati oleh pelancong asing."
"Berhati-hati, pantau media tempatan dan ikuti nasihat pihak berkuasa tempatan," menurut amaran perjalanan itu.
Ia ekoran ancaman diterima terhadap risiko penculikan warga asing di pantai timur Sabah terutamanya pulau-pulau yang berdekatan dengan Kepulauan Sulu di selatan Filipina.
Kes penculikan terakhir berlaku pada Mei 2015, melibatkan dua rakyat Malaysia diculik di Sandakan, dengan salah seorang daripadanya terbunuh.
Berikut senarai penuh negara berisiko "kemungkinan berlaku serangan pengganas" yang dikeluarkan.
- Australia - Belgium - Perancis - Jerman - Indonesia - India - Kenya - Malaysia - Maldives - Filipina - Thailand - Amerika Syarikat
Topic Berkaitan
#amaran perjalanan
#Britain
#Malaysia
#negara pengganas
#pejabat luar dan commonwealth FCO
#penculikan
#pulau di Sabah
#serangan pengganas
#UK
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan