awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UK tarik balik sekatan ke atas bank pusat Syria, firma petroleum

Bernama
Bernama
06/03/2025
23:45 MYT
UK tarik balik sekatan ke atas bank pusat Syria, firma petroleum
Notis yang disiarkan di laman web kerajaan Britain menyatakan bahawa entiti termasuk bank pusat, Bank Perdagangan Syria dan Bank Koperasi Pertanian telah dikeluarkan daripada senarai sekatan. - Foto REUTERS
LONDON: Britain pada Khamis telah menarik balik sekatan ke atas Bank Pusat Syria dan 23 entiti lain termasuk bank dan syarikat minyak, membalikkan sekatan yang dikenakan semasa pemerintahan presiden Bashar al-Assad.
Barat sedang memikirkan semula pendekatannya terhadap Syria selepas pasukan pemberontak yang diketuai oleh Hayat Tahrir al-Sham menggulingkan Assad sebagai presiden pada Disember selepas lebih 13 tahun perang saudara.
Notis yang disiarkan di laman web kerajaan Britain menyatakan bahawa entiti termasuk bank pusat, Bank Perdagangan Syria dan Bank Koperasi Pertanian telah dikeluarkan daripada senarai sekatan dan tidak lagi tertakluk kepada pembekuan aset.
Syarikat Petroleum Syria, Syarikat Minyak Perdagangan Syria (SYTROL) dan Perdagangan Petroleum Luar Negara juga antara yang dinyahsenaraikan.
Presiden Sementara Syria Ahmed al-Sharaa telah berulang kali menggesa penarikan balik sekatan Barat yang dikenakan untuk mengasingkan Assad semasa perang saudara.
Bulan lepas, negara Kesatuan Eropah (EU) menggantung pelbagai sekatan terhadap Syria.
Pejabat luar Britain tidak memberikan alasan mengenai penghapusan sekatan itu dan tidak segera memberi respons kepada permintaan untuk komen. Seorang pegawai media kerajaan Syria juga tidak memberikan respons segera terhadap permintaan untuk komen.
Pada Februari, Britain menyatakan bahawa ia akan menyesuaikan sekatan terhadap Syria berikutan kejatuhan pemerintahan al-Assad, sambil memastikan pembekuan aset dan larangan perjalanan yang dikenakan ke atas ahli kerajaan terdahulu, tetap kekal.
-- REUTERS
Topic Berkaitan
#sekatan
#Britain
#Syria
#bank pusat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan