awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM India adakan lawatan rasmi ke Malaysia Sabtu
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

UK 'tiada rancangan' pindahkan kedutaan ke Baitulmaqdis

Bernama
Bernama
04/11/2022
04:15 MYT
UK 'tiada rancangan' pindahkan kedutaan ke Baitulmaqdis
Persoalan mengenai lokasi Kedutaan UK tidak sepatutnya timbul sejak dari awal lagi. - Gambar fail
LONDON: Kerajaan baharu Britain diketuai Perdana Menteri Rishi Sunak pada Khamis buat masa ini tidak mempunyai sebarang hasrat untuk memindahkan Kedutaan United Kingdom (UK) di Israel dari Tel Aviv ke Baitulmaqdis.
Idea itu disuarakan semasa kepimpinan bekas Perdana Menteri Liz Truss dan beliau mengarahkan semakan mengenai perkara itu dilakukan, lapor Agensi Anadolu.
"Ia telah disemak. Tiada rancangan untuk memindahkan kedutaan Britain," kata jurucakap kerajaan kepada pemberita.
Duta Palestin ke UK, Husam Zomlot mengucapkan terima kasih kepada pepimpinan baharu itu dan berpendapat persoalan mengenai lokasi Kedutaan UK tidak sepatutnya timbul sejak dari awal lagi.
"Kami menyeru kerajaan British memainkan peranan aktif, mengiktiraf negara Palestin, mengesahkan sokongan UK terhadap hak pelarian Palestin, mengharamkan semua barangan dan produk daripada penempatan di wilayah yang diduduki dan mengenakan sekatan terhadap syarikat yang mengaut keuntungan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#United Kingdom
#kedutaan
#Baitulmaqdis
#Rishi Sunak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan