Skip to main content

Dunia

UKMTO terima laporan kapal terbakar berhampiran Kumzar, Oman

Sumber: X UKMTO
Setakat ini, tiada butiran mengenai jenis kapal, jumlah kru, kecederaan atau sebarang kesan terhadap pelayaran di kawasan berkenaan didedahkan. - Foto X/UKMTO
Advertisement

LONDON: Agensi Operasi Perdagangan Maritim United Kingdom (UKMTO) memaklumkan bahawa ia menerima laporan mengenai sebuah insiden maritim kira-kira lapan batu nautika (14.8 kilometer) di barat laut Kumzar, Oman, yang melibatkan sebuah kapal dilaporkan terbakar.

Dalam satu kenyataan, UKMTO berkata maklumat itu diperoleh daripada sumber yang disahkan, namun punca kebakaran masih belum dapat dipastikan setakat ini.

"UKMTO menerima laporan mengenai satu insiden lapan batu nautika di barat laut Kumzar, Oman. Maklumat daripada sumber yang disahkan menunjukkan sebuah kapal sedang terbakar," menurut agensi itu.

Agensi berkenaan berkata pihak berkuasa sedang berusaha mendapatkan maklumat lanjut dan menjalankan siasatan bagi mengenal pasti punca kejadian serta keadaan sebenar kapal terbabit.

Setakat ini, tiada butiran mengenai jenis kapal, jumlah kru, kecederaan atau sebarang kesan terhadap pelayaran di kawasan berkenaan didedahkan.

Kawasan perairan berhampiran Oman dan Selat Hormuz kekal menjadi laluan perkapalan strategik dunia dan sejak beberapa minggu kebelakangan ini menyaksikan beberapa insiden keselamatan maritim yang sedang disiasat oleh pihak berkuasa.

UKMTO turut menasihatkan kapal-kapal yang beroperasi di kawasan itu supaya terus berwaspada dan melaporkan sebarang aktiviti mencurigakan kepada pihak berkuasa berkaitan. 
 

 

Must Watch Video

Advertisement