WASHINGTON: Setiausaha Agung Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) pada Khamis menyatakan bahawa Ukraine boleh bergantung kepada pakatan itu "sekarang dan untuk jangka masa panjang" semasa persidangan tiga hari pemimpin-pemimpin di Washington.
"Hari ini, kita menghantar mesej yang jelas kepada Moscow bahawa keganasan dan intimidasi tidak akan berjaya dan bahawa Ukraine boleh mengharapkan NATO sekarang dan untuk jangka panjang," kata Jens Stoltenberg dalam satu sidang media yang dipetik oleh Agensi Anadolu (AA).
"Para sekutu telah bersetuju bahawa selagi Ukraine meneruskan pembaharuan yang diperlukan, kami akan menyokong mereka dalam 'laluan yang tidak boleh diubah' untuk menjadi ahli," katanya.
Merujuk kepada peranan China dalam konflik Rusia-Ukraine, ketua NATO itu berkata, 'Kami bersetuju bahawa sokongan China dalam konflik ini akan memberi kesan kepada kepentingan dan reputasinya."
Sementara itu, mengenai pilihan raya presiden yang akan datang di Amerika Syarikat (AS), Stoltenberg menjangkakan AS akan terus menjadi sekutu NATO yang kuat dan setia demi kepentingan keselamatan AS.
"Realitinya adalah NATO juga menjadikan AS lebih kuat dan selamat," katanya.
Mengulas mengenai pilihan raya baru-baru ini di Eropah, beliau berkata terdapat persoalan sama ada kerajaan baharu dan parti politik baharu akan terus menyokong NATO.
"Dan sudah tentu dalam demokrasi, tiada sebarang jaminan. Tetapi realitinya ialah NATO telah terbukti sangat berdaya tahan kerana setiap kali mereka mempunyai parti baharu, kerajaan baharu, mereka menyedari bahawa setiap sekutu NATO lebih selamat di NATO berbanding di luar NATO," kata Setiausaha Agung NATO itu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jul 12 2024
Stoltenberg bercakap pada sidang media ketika sidang kemuncak ulang tahun ke-75 NATO di Washington, AS, 11 Julai 2024. - REUTERS
Gempa bumi kuat 6.3 magnitud gegar Chile
Gempa bumi berukuran 6.3 magnitud menggegarkan wilayah tengah Chile termasuk ibu negara, Santiago pada Jumaat.
UMNO tidak terima permohonan Tengku Zafrul keluar parti - Ahmad Zahid
Presiden UMNO sahkan parti itu tidak menerima permohonan Tengku Zafrul untuk meninggalkan parti.
Bola api penuhi ruang udara di Damsyik
Satu rakaman video memaparkan sejumlah bola api memenuhi ruang udara bandar Damascus diikuti bunyi letupan kuat turut kedengaran pada Jumaat.
Presiden Korea Selatan berdepan undi pemecatan kedua
Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol, kini menghadapi undi pemecatan kedua pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang darurat selama beberapa jam mencetuskan krisis politik.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Parti-parti pembangkang merancang undi pemecatan pada Sabtu, pukul 4 petang, dengan perhimpunan besar dijadualkan sebelum undian.
Kongres Khas PKR fokus reformasi pemilihan parti
Kongres Khas Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan pada Ahad akan meminda perlembagaan parti.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata pindaan tersebut melibatkan aspek jumlah perwakilan, kuota gender, dan etnik.
Suri rumah rugi lebih RM750,000 ditipu pelaburan bitcoin
Seorang suri rumah berputih mata apabila kerugian lebih RM750,000 selepas terperdaya skim pelaburan bitcoin dalam talian.
“Sifat materialistik mengundang malapetaka dalam masyarakat” - Dr Maza
Nilai kemanusiaan tidak lagi mendominasi kehidupan kerana segala-galanya diukur berdasarkan keuntungan semata-mata.
Pembunuhan kejam, buli siber detik suram 2024
Tahun 2024 mencatatkan pelbagai peristiwa tragis menggemparkan negara termasuk jenayah kejam yang meragut nyawa empat individu.
Jumlah mangsa banjir terus catat penurunan
Jumlah mangsa banjir terus mencatat penurunan kepada 305 mangsa daripada 93 keluarga setakat jam 9 pagi Sabtu.
AWANI Ringkas: Kes bayi dibeku di hospital di Klang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Setiausaha Agung NATO Rutte bertemu Presiden Terpilih AS Trump di Florida - NATO
Rutte bersama pasukannya turut bertemu dengan Anggota Kongres Mike Waltz, yang dilantik Trump sebagai penasihat keselamatan nasional.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Trump namakan Whitaker sebagai Duta AS ke NATO
Presiden Terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Rabu menamakan bekas pemangku peguam negara, Matthew Whitaker sebagai pilihannya untuk jawatan Duta AS ke NATO.
Menteri Korea Utara janji sokong penuh Rusia dalam perang di Ukraine
Menteri Luar Korea Utara Choe Son Hui berjanji untuk membantu Rusia dalam perang melawan Ukraine "sehingga hari kemenangan" semasa perbincangan dengan rakan sejawatnya Sergei Lavrov di Moscow.
'Kebimbangan terhadap ancaman kepada UNIFIL' - Pertahanan G7
Ia menekankan bahawa keselamatan Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) adalah tanggungjawab semua pihak yang terlibat dalam konflik.
UNGA 79: Perjanjian gencatan senjata dicadangkan AS perlu segera direalisasikan - Joe Biden
Perjanjian gencatan senjata di Gaza yang diusulkan Amerika Syarikat (AS) dengan kerjasama tiga negara pengantara melibatkan Qatar, Mesir dan Turkiye perlu segera direalisasikan, kata Joe Biden.
Turkiye tidak luluskan kerjasama dengan Israel dalam NATO - Erdogan
Cubaan untuk bekerjasama dengan Israel dalam NATO adalah tidak boleh diterima, kata Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan.
Ukraine boleh bergantung kepada NATO untuk jangka panjang - Ketua NATO
Ketua NATO itu berkata, pihaknya bersetuju bahawa sokongan China dalam konflik ini akan memberi kesan kepada kepentingan dan reputasinya.
AS, sekutu janji lebih banyak pertahanan udara buat Ukraine - Biden
Amerika, Jerman, Belanda, Romania dan Itali akan bekalkan lebih banyak sistem pertahanan udara kepada Ukraine dalam menghadapi serangan daripada Rusia.
Presiden Korea Selatan bincang hubungan Korea Utara-Rusia di sidang kemuncak NATO
Presiden Korea Selatan Yoon Suk Yeol akan melawat Amerika Syarikat (AS) pada Isnin untuk menghadiri sidang kemuncak NATO di Washington.