awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ukraine desak PBB larang aktiviti ketenteraan di zon pengecualian dekat loji Chernobyl

Bernama
Bernama
28/03/2022
21:45 MYT
Ukraine desak PBB larang aktiviti ketenteraan di zon pengecualian dekat loji Chernobyl
Loji nuklear Chernobyl pernah mengalami tragedi kemalangan nuklear paling teruk dalam sejarah manusia pada 26 April 1986. - Gambar fail REUTERS
KIEV: Ukraine meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengambil tindakan menghentikan aktiviti ketenteraan di zon pengecualian di sekitar loji kuasa nuklear Chernobyl, lapor Xinhua memetik laporan agensi berita nasional Ukrinform pada Isnin.
"Kami menuntut Majlis Keselamatan PBB mengambil langkah segera hentikan aktiviti ketenteraan di zon pengecualian NPP Chernobyl dan menubuhkan pasukan khas PBB bagi mengelakkan kejadian berulang," Timbalan Perdana Menteri Ukraine, Iryna Vereshchuk dipetik sebagai berkata.
Loji nuklear Chernobyl, kira-kira 110 kilometer di utara Kyiv, pernah mengalami tragedi kemalangan nuklear paling teruk dalam sejarah manusia pada 26 April 1986.
Pada masa ini, terdapat risiko kerosakan terhadap struktur binaan yang dibina mengelilingi unit kuasa nuklear nombor empat Chernobyl akibat serangan dan sejumlah besar peluru menghujani kawasan itu, tambah Vereshchuk.
Pegawai penyiasat Ukraine, Lyudmyla Denisova pada Ahad berkata bahawa kebakaran hutan turut berlaku di sekitar NPP Chernobyl meliputi lebih 10,000 hektar.
Anggota bomba Ukraine tidak dapat memasuki kawasan yang dikawal tentera Rusia, tambah Denisova.
Pada 24 Feb lepas, penasihat Presiden Ukraine, Mykhailo Podoliak berkata tentera Rusia telah merampas loji kuasa nuklear itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PBB
#krisis Rusia-Ukraine
#Loji Kuasa Nuklear Chernobyl
#aktiviti ketenteraan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan