awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ukraine gesa negara antarabangsa kuat kuasa larangan minyak Rusia

Astro Awani
Astro Awani
16/04/2022
06:04 MYT
Ukraine gesa negara antarabangsa kuat kuasa larangan minyak Rusia
Sekatan sedia ada ke atas Rusia ketika ini adalah menyakitkan, namun ia masih tidak mencukupi, kata Volodymyr Zelenskyy. - Gambar AP
KIEV: Volodymyr Zelenskyy menggesa negara-negara antarabangsa menguatkuasakan larangan ke atas minyak Rusia bagi menambahkan lagi tekanan ke atas negara itu, sekali gus, menamatkan pencerobohan di Ukraine.
Presiden Ukraine itu menyifatkan, sekatan sedia ada ke atas Rusia ketika ini adalah menyakitkan, namun ia masih tidak mencukupi.
Zelenskyy berpendapat, situasi perang di negaranya sangat sukar terutama di Selatan dan Timur Ukraine.
Dakwanya, tentera Rusia telah melakukan jenayah awam ke atas penduduk di Kherson dan Zaporizhzhia.
Pihak tentera Rusia juga, tegasnya, dikatakan mensasarkan penduduk yang pernah bekerja dengan tentera Ukraine dan agensi kerajaan.
Sementara itu, mengulas mengenai peluang Ukraine untuk menganggotai Kesatuan Eropah (EU), Zelenskyy menjelaskan, dokumen soal selidik keahlian yang diterimanya daripada Pesuruhjaya EU, Ursula von der Leyen hampir lengkap.
Ucapan Zalenskyy itu menyusul selepas penemuan lebih 900 mayat orang awam di sekitar Kiev.
Kebanyakan mereka dilaporkan terbunuh selepas ditembak.
Topic Berkaitan
#Ukraine
#Rusia
#krisis
#perang
#Volodymyr Zelenskyy
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan