SETIAUSAHA Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres menyatakan kebimbangan tentang ketegangan yang memuncak di Ukraine dan "peningkatan spekulasi" mengenai konflik ketenteraan.
Justeru, beliau menggesa para pemimpin dunia memperhebatkan diplomasi untuk menenangkan keadaan.
Jelasnya, PBB tidak boleh menerima sebarang kemungkinan akan terjadi satu konfrontasi yang dahsyat.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas makan tengah hari bersama para duta Majlis Keselamatan PBB di New York pada Isnin.
Presiden Ukraine Volodymyr Zelenskiy berkata, beliau telah menerima laporan bahawa Rabu ini kemungkinan berlaku pencerobohan oleh Rusia.
Sebelum ini, Rusia mencadangkan ia bersedia untuk terus berbincang dengan Barat sebagai cuba meredakan krisis keselamatan, manakala Amerika Syarikat berkata, Moscow menambah keupayaan ketenteraannya.
Terdahulu pada Isnin, Guterres bercakap secara berasingan dengan Menteri Luar Rusia dan Ukraine dan memaklumkan kepada pemberita bahawa beliau akan kekal "terlibat sepenuhnya dalam masa dan hari yang akan datang."
Sementara itu, PBB tidak bercadang untuk memindahkan keluar kakitangannya dari Ukraine, menurut Jurucakap Pbb Stephane Dujarric pada Isnin.
Astro Awani
Tue Feb 15 2022
Guterres berkata, PBB tidak boleh menerima sebarang kemungkinan akan terjadi satu konfrontasi yang dahsyat. - Gambar fail REUTERS
Bangunan baharu MOM di Bukit Jalil diharap jadi motivasi tingkat prestasi atlet - Ahmad Zahid
Beliau berkata pembinaan bangunan baharu itu telah dipersetujui Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh, bagi pihak kerajaan.
Aaron-Wooi Yik Olimpian Tahunan 2024
Ia mengiktiraf pencapaian luar biasa mereka menyumbang pingat gangsa selepas menewaskan Kim Astrup-Anders Skaarup Rasmussen.
Berakhirnya pemerintahan Baath Syria buka jalan kepada keamanan - Erdogan
Erdogan mengulangi komitmen Turkiye untuk terus menyokong golongan tertindas di seluruh dunia.
Kesan kenaikan cukai import minyak sawit oleh India bersifat sementara - KPK
Kenaikan itu sebahagian daripada usaha India melindungi harga minyak tempatan dan menyokong industri pertanian domestiknya.
Ketiadaan akauntabiliti antarabangsa bolehkan Israel lakukan jenayah terhadap rakyat Palestin - PM Mustafa
Beliau berkata demikian semasa pertemuan dengan Wakil Khas Kesatuan Eropah untuk Proses Keamanan Asia Barat Sven Koopmans pada Rabu.
Qatar akan buka semula kedutaan di Damsyik selepas 13 tahun
Doha akan membuka semula kedutaannya di Syria tidak lama lagi selepas memuktamadkan pengaturan yang diperlukan.
Pusat Data Bagan Datuk bakal jadi pencetus perubahan ekonomi digital global
Ia bagi menyediakan infrastruktur kritikal untuk menyokong operasi perniagaan moden dan membuka peluang dalam sektor perkhidmatan kewangan.
Rusia: Penipu curi puluhan juta dolar melalui pusat panggilan ditahan
Penipu yang mencuri puluhan juta dolar daripada penduduk lebih 20 negara melalui tiga pusat panggilan telah ditahan di Moscow.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
BDDA peruntuk RM60 juta perhebat transformasi Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan - Uggah
Agensi Pembangunan Bahagian Betong (BDDA) akan memperuntukkan sebanyak RM60 juta tahun depan untuk memperhebat usaha menjadikan kawasan DUN Bukit Saban sebagai hab pengeluaran makanan.
Perhimpunan Agung PBB sambung semula sesi tergempar tangani situasi serius di Gaza
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyambung semula sesi khas tergempar ke-10 bagi menangani situasi serius di Semenanjung Gaza malam tadi, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).
Malaysia ulangi komitmen sokongan padu terhadap Palestin, gesa gencatan senjata di Gaza dan Lubnan
Malaysia mengulangi komitmen berterusan dan sokongan padu terhadap perjuangan Palestin dan usaha damai yang mengiktiraf Palestin sebagai sebuah negara merdeka.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Penubuhan Pejabat UN-Habitat pengiktirafan PBB kepada Malaysia
Pejabat itu akan menjadi pusat tumpuan serantau yang berfungsi sebagai penghubung utama 58 negara kepada UN-Habitat dan rakan kongsinya.
100 negara sokong perjanjian hadkan pengeluaran barangan plastik
Sokongan itu bagaimanapun berdepan tentangan sengit daripada segelintir negara pengeluar minyak.
Israel sekat bantuan kemanusiaan ke utara Gaza
Gaza terus berdepan krisis kemanusiaan yang teruk, dengan penduduknya menghadapi ancaman kelaparan, penyakit, dan kematian.
Wanita, kanak-kanak cari makanan dalam timbunan sampah di Gaza - Pegawai PBB
Memperolehi keperluan asas telah menjadi perjuangan harian yang mengerikan untuk terus hidup bagi penduduk Gaza.
Borrell kecewa, tidak mampu hentikan pembunuhan beramai-ramai di Gaza
Ketua Dasar Luar Kesatuan Eropah (EU) yang akan bersara, Josep Borrell berkata pada Jumaat bahawa beliau meninggalkan Brussels "dengan perasaan kecewa yang amat sangat" berikutan "ketidakmampuan untuk
Ketua PBB seru gencatan senjata segera di Gaza
PBB akan terus berdiri bersama rakyat Palestin dan hak mereka yang tidak dapat dinafikan untuk hidup dengan aman, selamat dan bermaruah.