awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PGA Sarawak catat 23 kejayaan operasi, rampasan cecah RM35.31 juta
UNICEF salur bantuan EUR2.7 juta untuk kanak-kanak di Syria
Transformasi digital asas kesediaan Pulau Pinang jadi pangkalan utama - SPPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Umat Islam di Amerika bayar zakat bernilai AS$1.8 bilion pada 2021

Bernama
Bernama
22/04/2022
09:30 MYT
Umat Islam di Amerika bayar zakat bernilai AS$1.8 bilion pada 2021
Umat Islam Amerika lebih cenderung melihat zakat sebagai tindakan dermawan atau kebajikan dan bukan cukai yang dikenakan pihak berkuasa agama. - Gambar hiasan
WASHINGTON: Rakyat Amerika Syarikat yang beragama Islam membayar zakat berjumlah AS$1.8 bilion pada 2021, menurut Agensi Anadolu.
Umat Islam mengeluarkan purata zakat sebanyak AS$2,070 seorang, sebagai satu daripada lima rukun Islam, menurut laporan dikeluarkan Inisiatif Filantropi Muslim di Universiti Indiana Lilly Family School of Philanthropy di IUPUI pada minggu lepas.
Laporan itu menunjukkan umat Islam Amerika lebih cenderung melihat zakat sebagai tindakan dermawan atau kebajikan dan bukan cukai yang dikenakan pihak berkuasa agama.
Pengarah Inisiatif Kedermawanan Muslim, Shariq Siddiqui berkata, sebahagian besar daripada jumlah itu disumbangkan pada bulan Ramadan.
"Adalah penting bagi organisasi badan amal mencari cara mendekati penderma Muslim-Amerika ketika bulan Ramadan," kata Siddiqui.
Penerima bantuan terbesar merupakan organisasi antarabangsa tidak berasaskan keuntungan, yang menerima 25.3 peratus daripada dana zakat, menurut laporan itu. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Umat Islam
#Amerika Syarikat
#bayar zakat
#Muslim-Amerika
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan